Padu! Pelakon Utama Filem Wira, Hairul Azreen Diiktiraf Sebagai ‘Hero Kekar Sepanjang Tahun’ Menerusi…

 Bermula dengan hanya sekadar pelakon l4gak ng3ri sejak 10 tahun lalu, siapa sangka Hairul Azreen kini sudah berada di satu tempat yang cukup membanggakan.

Malah, namanya kini dikatakan sudah setanding dengan hero ternama Malaysia yang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terima kasih kepada semua peyokong filem action tempatan 🙏🏻 #Paskal #Wira2019 The Best Never Rest

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Mungkin disebabkan itu jugalah melayakkan dirinya sebagai ‘Hero Kekar Sepanjang Tahun’ pada Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu.

“Terima kasih kepada pihak Astro serta keluarga yang selama ini banyak menyokong,” katanya ringkas selepas menerima anugerah berkenaan.

Difahamkan, dalam tempoh dua tahun ini saja, lima filem aksi telah dilakonkan Hairul.

Paling menyerlah sudah tentulah PASKAL The Movie dan terbaru Wira.

Pada yang masih belum tonton Wira, apa kata anda ke pawagam sekarang kerana filem berkenaan padat dengan aksi hebat!

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera, Hassan yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The Best Never Rest 🖖🏾

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Biarpun nekad untuk tidak lagi berl4wan, Hassan walaubagaimanapun terpaksa bert4rung demi melangsaikan hu4ng adiknya.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak ant4gonis bagi filem ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hai tgok bola ke? Filem @wira_2019 2 hari lagi tau! 21 November 2019

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

 

Sumber : Gempak

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Padu! Pelakon Utama Filem Wira, Hairul Azreen Diiktiraf Sebagai ‘Hero Kekar Sepanjang Tahun’ Menerusi…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*