Hamil tak halang Ardell Aryana sertai m1si kemanusiaan

KUALA LUMPUR: Biarpun sedang hamil empat bulan, pelakon Ardell Aryana, tidak mahu terlalu memanjakan diri, sebaliknya bersedia menggalas cabaran menyertai misi kemanusiaan ke Syria.

Ardell yang terlebih dahulu bercuti di Istanbul, Turki sebelum menyertai m1si itu berkata, dia bersama suaminya, Nadzmi Adhwa akan berada di sana selama 20 hari di bawah Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM), bermula 8 Januari ini.

“Ia bukan m1si kemanusiaan pertama saya sertai kerana sebelum ini pernah ke Palu, Indonesia membantu m4ngsa gemp4 bumi di sana.

“Cuma, saya tidak terlalu menggembar-gemburkan perkara itu kerana bimbang dikatakan menunjuk-nunjuk. Tidak hanya di luar, saya juga aktif turun padang menyertai misi amal di dalam negara,” katanya.

Pelakon filem Dorm Melati dan XX Ray 3 itu berkata, menyertai misi kemanusiaan membuka matanya terhadap realiti kehidupan, sekali gus menyedarkan dirinya, setiap manusia tidak terlepas daripada diuji.

“Saya pernah bert4rung melawan s4kit selama dua tahun. Ketika itu, saya mula sedar, menangis dan meratap hanya membuat saya menjadi semakin lemah serta tidak berdaya.

“Jadi, saya bangkit melawan perasaan itu dengan menyertai misi kemanusiaan di Palu. Di sana, saya seronok dapat membantu mereka yang memerlukan, malah bebanan mengangkat kampit beras tidak terasa kerana saya terlalu teruja.

“Saya ajar diri supaya tidak terus dihanyutkan kesed1han. Pengalaman itu menjadikan saya lebih positif dan tidak mudah berputus asa ketika menempuh ujian,” katanya.

Ardell berkata, pengalaman di sana juga menyedarkan dirinya dugaan yang dilaluinya itu terlalu kecil, berbanding keduk4an dan kesengs4raan insan lain.

“Apalah sangat ujian yang saya lalui, sedangkan di luar sana, ada yang saban hari terpaksa bert4rung nyawa meneruskan hidup. Itu yang membuatkan saya menjadi lebih kuat dan berani menempuh dugaan hidup,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mula-mula🤢🤮( ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan , sebab keadaan nya sama )cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari 😇 rupanya rezeki Allah nak bagi 😢 tak perasan pun kehadiranya ( Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni 👶🏻) inshaallah . Cerita nya , Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik ( sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri ) huhu . SLIDE LEFT 👉🏻👈🏻 Rumah vs klinik . Alhamdulillah Double Line 😭😭🤲🏻 mula check sendiri kat rumah saja2 ( sebab mula2 dulu beli ada lebih 1 ) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba ( sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80% ) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line 😅 tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ) . Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap ,dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih 😠🤣. Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant 🤰🏻.. dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan . Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencing’z . Doctor 👩🏻‍⚕️kata tengok ni baik-baik , air urine awak .. kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil 😢( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada 😆. Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang – awangan🤭🤣😂. Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak👶🏻 ? 😊 nanti umie check hari lain ye . Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami , doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga 🤗 , ini sahaja perkongsian saya saat ini . NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah ❤️ #Adhwardell junior #coyg

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Hamil tak halang Ardell Aryana sertai m1si kemanusiaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*