‘Apa motif Atikah?’- “Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja.”- Awi Rafael

KUALA LUMPUR: “Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja.”

Demikian reaksi penyanyi Awi Rafael, 34, ketika mengulas tindakan bekas tunangnya, Atikah Suhaime yang membuat luahan menerusi Instagram Story, semalam, mend4kwa dirinya pernah melalui episod hubungan t0ksik.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael berkata, dia mendapat tahu perkara itu menerusi teman rapatnya, namun tidak mel4tah.

Awi bagaimanapun, menegaskan d4kw4an Atikah mengatakan dia berpura-pura kaya dan menyalahkan wanita itu apabila rancangan perkahwinan mereka batal sebagai tidak benar.

“Setahu saya, belum pernah saya berl4gak kaya. Malah, jika dilihat menerusi muat naik di Instagram, saya tidak pernah menampakkan ciri-ciri hidup mewah.

“Pada zaman ini, orang boleh bercakap apa sahaja, tetapi mereka yang bijak akan menilai mana baik dan buruk. Saya memilih untuk menjadi lebih positif.

“Semua ini perkara remeh untuk saya fikirkan, apatah lagi, ia dibangkitkan semula selepas hampir setahun kami membawa haluan masing-masing,” katanya kepada BH Online.

Dalam luahan itu, Atikah mend4kwa, dirinya pernah melalui situasi gelap dalam sebuah perhubungan dan ketika dia mencari kejujuran, ia bertukar menjadi perkara bvruk.

Pelakon yang popular menerusi filem Highland Tower dan Legenda Budak Hostel itu juga mendakwa, dirinya menjadi mangsa hubungan yang ‘mendeera’ emosi dan memberi peringatan kepada wanita lain supaya segera bertindak apabila berdepan situasi sama.

Sementara itu, Awi bersyukur, orang ramai tidak menilai berdasarkan kenyataan yang tersebar dan yakin mereka mengenali dirinya yang sebenar.

“Saya tidak perlu membuat penjelasan. Saya percaya, orang luar juga tahu personaliti saya yang sebenar.

“Saya kasihankan dia. Saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan ini, malah mendoakan dia sentiasa dilindungi Allah. Apa yang berlaku ini, saya anggap sebagai tindakan wanita yang mengikut emosi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awi berkata, dia sibuk menguruskan program muzik untuk kanak-kanak aut1sme sebagai terapi bagi mencungkil kemahiran golongan itu.

Di bawah akademi miliknya, Newsantara, Awi kini memiliki 47 pelajar sejak diperkenalkan Julai tahun lalu.

Awi juga bersyukur modul yang diperkenalkan menunjukkan hasil positif sehingga mendapat kepercayaan banyak pihak untuk mengembangkan usaha itu.

 

Sumber : BH Online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Apa motif Atikah?’- “Saya tidak tahu apa tujuan dia. Biarlah, saya positif sahaja.”- Awi Rafael"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*