Wan Sharmila Nak Tukar Nama Panggilan? Suruh Guna Nama…

Pelakon Wan Sharmila memberitahu bahawa dia mahukan menggunakan nama panggilan baru sempena kedatangan tahun 2020.p>  

Wan Sharmila atau nama sebenarnya, Wan Sharmila Wan Muhamed, 39, berkata dia mahu dipanggil dengan nama Lola berbanding Lala yang digunakan sebelum ini.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Bismillah untuk Tahun Baru 2020. Pagi ini, seorang kawan baik saya suruh saya berjanji kepada diri walau apa terjadi tolong jangan berputus asa dan jangan berhenti minta dari Dia. Happy 2020.

“Tahun ini saya nak tukar nama Lola. Panggil saya Lola tau,” tulisnya diruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Suka yang senyum or suka yg tak senyum.? Apapun Bismillah untuk NY 2020. This morning a good friend of mine suruh i janji to myself walau apa terjadi please don’t give up and jgn berhenti mintak dari DIA. Happy 2020. . . This Year i nak tukar nama Lola. Call me Lola tau. 🧕🏼😊

A post shared by Wan Sharmila ® (@lala.wansharmila) on

Perkongsian pelakon yang popular dengan drama Tari Tirana itu kemudian mendapat pelbagai respons.

Rata-rata pengikutnya mula memanggilnya dengan gelaran Lola yang disifatkan sebagai satu nama yang comel sama seperti tuan punya badan.

  “Bukan dah lama ke I panggil u Lola @lala.wansharmila.

“Baik Kak Lala eh silap Kak Lola love,” tulis sebahagian komen netizen.

Sebelum ini, sekitar Oktober tahun pelakon filem Mat Moto Otai itu juga pernah mencuri tumpuan umum apabila melakukan penghijrahan imej bertudung.

Ada yang mendakwa dirinya mula berhijab kerana bakal mengakhiri zaman bujang, namun, dia menafikan hal tersebut.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Wan Sharmila Nak Tukar Nama Panggilan? Suruh Guna Nama…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*