Rakan Bisnes Zain Saidin Lingkup! Che Ta Tak Senang Duduk?

Bukan saja menanggung hutang beratus-ratus ribu, malah turut menjadi burvan 35 Ah L0ng!

Bekas peserta Pencetus Ummah musim kedua, Warren Fernandez menerusi Facebook mended4hkan detik kelamnya pada tahun 2019.

Lebih mengejutkan, dia membuat pengakuan bahawa kerjasama perniagaan dengan pelakon Zain Saidin lingkup hanya dalam masa setahun saja.

Kredit foto: FB Warren Fernandez

Sementara itu, apabila ditemu bual mStar Online, Warren atau nama Islamnya Adam Warren Fernandez Abdullah berkata kerjasama antara dia dan Zain tiada ‘hitam putihnya’.

“Sejujurnya, saya tak nampak bagaimana kami boleh jalinkan kerjasama itu, tapi selepas beberapa kali berbincang kami akhirnya teruskan atas dasar percaya dan tiada apa-apa perjanjian atau hitam putih dibuat.

“Perjanjian itu adalah saya buka kedai gunting rambut dan Zain akan buka kedai kasut Zapatos termasuklah beg tangan yang dijual Che Ta (Rozita Che Wan).

“Zain juga akan uruskan segala bahagian yang melibatkan marketing dan exposure,” ujarnya kepada mStar.

 

Kredit foto: FB Warren Fernandez

ded4hnya, banyak wang dihabiskan untuk menjayakan perniagaannya termasuk sewa kedai di Kota Damansara yang mencecah RM15,000 sebulan serta mengubah suai kedai yang menelan belanja RM100,000.

Bagaimanapun, Zain tidak mengeluarkan modal kewangan untuk perniagaan mereka. Malah, Zain juga enggan memberi bantuan kewangan hinggalah dia terpaksa meminjam dengan Ah L0ng.

Warren bagaimanapun tidak menyalahkan Zain di atas kejatuhannya.

“Saya tak salahkan sesiapa kecuali diri ku ini. Saya ego, nak glamor, tak ada pengetahun dalam bidang perniagaan dan ia menyebabkan kejatuhan saya.

“Hari ini, saya tabik pada mereka yang berada di samping dan membantu saya bangkit semula,” tulisnya di Facebook.

Kredit foto: IG

Zain bagaimanapun dikatakan enggan mengulas lanjut berhubung isu itu.

“Maaf, saya tak nak komen untuk benda itu semua sebab ianya hal peribadi,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, Che Ta menerusi Instagramnya mengeluarkan kenyataan ditujukan kepada mStar Online dipercayai membabitkan isu ini.

Kredit foto: IG

Apa dah jadi sebenarnya ni? 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : – CARI via Khalifah Media

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Rakan Bisnes Zain Saidin Lingkup! Che Ta Tak Senang Duduk?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*