Bunga Api Tahun Baru Digantikan Persembahan Ratusan Drone. Terbaik!

Memasuki tahun 2020, pastinya beberapa bandar besar di seluruh dunia ada menyediakan parti sambutan tahun baru pada malam terakhir 2019. Kebiasaannya jam 12 tengah malam, persembahan bunga api memecah kesunyian malam dengan percikan warna api cukup meriah. Walaubagaimanapun, berbeza dengan bandar Shanghai yang menyambut tahun baru dengan persembahan ratusan drone yang terbang di ruang udara.Menerusi laporan sebuah portal antarabangsa, hampir 2,000 drone digunakan dalam persembahan yang menggantikan bunga api pada malam itu. Lebih menarik, persembahan drone yang memeriahkan suasana tersebut dikendalikan oleh komputer yang telah diprogramkan.

 

Drone terbang dengan cahaya darinya membuatkan pengunjung dapat melihat dari jauh pergerakan yang membentuk tertentu. Persembahan drone itu berlaku di atas Sungai Huangpu.

persembahan dron ganti bunga api 2-tile

Difahamkan mereka memilih untuk menggunakan drone sebagai pengganti bunga api kerana ia dapat mengurangkan risiko kem4lang4n dan kebakaran yang tidak disengajakan serta pencemaran.

Persembahan drone itu bergerak menjadi beberapa bentuk seperti seorang lelaki sedang berlari, nombor kiraan menurun dan susunan seolah bunga api serta turut kelihatan nombor 2020 di ruang udara tersebut.

persembahan dron ganti bunga api 3-tile

Kemudiannya diikuti dengan tulisan ibunda mereka dari drone yang membawa maksud ‘dream pursuit’.

Berikut adalah video persembahan drone tahun baru yang dikongsikan oleh CGTN America:

Memang terbaik persembahan drone mereka ini! Lebih selamat dan mengujakan. Kreatif!

Sumber: CGTN America

Sumber:HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bunga Api Tahun Baru Digantikan Persembahan Ratusan Drone. Terbaik!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*