Dato’ Fazley Buat Kejutan Dengan Buka Restoran Minang Unik

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaacob telah membuka restoran terbaru, Minang Tapau khusus buat penggemar makanan Minang.

Menurut Fazley, restoran tersebut berkonsepkan ekspres dan santai, sesuai bagi mereka yang menjalani gaya hidup sibuk.

“Saya sudah merancang untuk membuka restoran ini hampir setahun yang lalu, akhirnya dapat dilaksanakan bermula penghujung 2019.

“Boleh dikatakan Minang Tapau ini merupakan restoran Suka Sucre versi ekspres di mana pelanggan boleh menikm4ti makanan di restoran atau ‘tapau’ ke rumah,” kata Fazley kepada Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilah, hari ini, perniagaan terbaharu saya “MinangTapau” mula beroperasi. Kami ada Minang Bowl (nasi berlauk), Pasta Bowl (beraneka spaghetti), dan paling menarik Bubur Podeh (bubur pedas). Ada level 0 hingga level 5! Kuek Semangat? Nak cubo tak? . • Den Tak Tahan Podeh! 🌱 • Tak Podeh Bonar Do! 🌶 • Podeh Lah Jugak! 🌶🌶 • Podeh Gilo Jang! 🌶🌶🌶 • Podeh Nak Mampuih Woi! 🌶🌶🌶🌶 . Only available at @minangtapau (Bukit Damansara) next to CIMB, opposite Masjid Saidina Omar Al-Khattab, 1st floor upstairs. Jemput datang semua! #minangtapau @minangtapau @minangtapau @minangtapau

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Tambah Fazley, semua menu yang dihasilkan di restoran tersebut adalah rendah kalori.

“Semua menu yang disedikan di sini adalah rendah kalori, kami mengurangkan penggunaan santan, garam dan sebagainya.

“Termasuklah teh tarik yang dihasilkan juga menggunakan stivia tanpa mengurangkan rasa asalnya,” ujarnya.

Antara makanan yang dihidangkan adalah Minang Bowl, Pasta Bowl, Bubur Podeh dan Bubur Dessert.

Terletak di Plaza Damansara, Minang Tapau mula beroperasi sejak semalam (2 Januari 2020).

 

Sumber:Gempak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Dato’ Fazley Buat Kejutan Dengan Buka Restoran Minang Unik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*