Anak tanya ibu baru – Along Cham

“SAYA akan terus hidup menduda selagi belum sampai jodoh. Setakat ini, saya tidak mencari pengganti.

“Ia berikutan kriteria individu itu haruslah memiliki sifat keibuan yang kental,” kata pelawak dan pelakon komedi, Along Cham.

Along yang sudah hidup menduda selama empat tahun berkata, dia tenang menjalani kehidupan solo.

“Anak tunggal saya, Ahmad Danial, 9, ada juga bertanya mengenai ‘ibu baru’ tetapi dia tidak mendesak.

“Jadi, bagi saya untuk jodoh yang kedua ini biarlah Allah tentukan,” katanya kini aktif berlakon dan menceburi perniagaan.

Along yang memilih menghantar Ahmad Danial belajar di madrasah berkata, pembelajaran keagamaan lebih sesuai buat anaknya.

“Saya hanya mahu dia (anak) dapat membacakan Yassin untuk saya apabila men1ngg4l dunia nanti,” katanya.

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 37, pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Zila Saeron pada 2011.

Namun, jodoh tidak panjang apabila mereka sah bercer4i talak satu pada 29 Ogos 2016 selepas lima tahun hidup bersama.

Ditanya mengenai lawatan bekas isteri terhadap Ahmad Danial, Along berkata, Zila ada menziarah anak mereka.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak pernah menghalang seorang ibu untuk melawat anaknya meskipun hubungan sebagai suami isteri sudah berakhir.

Along yang dikenali dengan filem Adnan Sempit, pada tahun lalu muncul semula di layar perak menerusi filem Tiada Tajuk arahan Mawi.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Anak tanya ibu baru – Along Cham"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*