DJ Lin ke udara sehari selepas bercer4i

AMPANG: Penyampai Suria FM, DJ Lin, akui bukan mudah untuknya mencari teman hidup yang mampu memahami komitmen jitu dirinya terhadap kerjaya di konti.

Malah, ded4h DJ Lin atau nama penuhnya Roslinda Abdul Majid, dia tetap ke pejabat sehari selepas bercer4i, pada 2006.

“Kerja dan hal peribadi adalah dua perkara yang jauh berbeza. Apabila berada di pejabat, saya adalah DJ Lin dan mengetepikan segala masalah luar bidang kerja. Malah, mungkin ramai tidak tahu, saya kembali ke udara pada sebelah pagi, sehari selepas bercer4i dengan bekas suami.

“Ramai yang terkejut bagaimana saya mampu mengawal emosi, seperti tiada apa yang berlaku? Sebenarnya, sejak dahulu lagi, saya sudah sematkan keazaman dalam diri untuk membuang jauh segala masalah peribadi sebaik sahaja kaki melangkah masuk ke konti.

“Karakter dan komitmen sebagai DJ Lin bukan sesuatu yang mudah untuk digalas. Apatah lagi, sudah lebih 13 tahun saya bekerja sebagai penyampai di stesen ini. Banyak perkara perlu ditempvhi untuk berada pada tahap sekarang. Jadi, bukan mudah sebenarnya untuk saya mencari teman hidup yang memahami kerana saya bekerja dari pagi hingga ke malam,” katanya kepada BH Online.

DJ Lin yang juga Pengurus Kanan stesen berkenaan berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-44, di sini, semalam.

Selain kelab peminatnya, DJ Lin Followers, acara berkenaan turut dimeriahkan kehadiran selebriti seperti Tasha Shilla, Wany Hasrita dan Sissy Imann.

Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu turut berkongsi, dia sanggup melepaskan kerjayanya jika bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu menampung kehidupannya.

“Semestinya saya mencari lelaki yang memahami dan menerima status diri ini, iaitu ibu kepada dua anak.

“Sasarannya, saya mahu berkahwin pada tahun ini, cuma calonnya belum ada lagi.

“Sekiranya dipertemukan dengan lelaki yang boleh menampung kami tiga beranak, saya tidak teragak-agak untuk berhenti kerja. Selain anak, saya turut menjaga ibu yang menghid4p peny4kit buah pinggang,” kata DJ Lin.

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "DJ Lin ke udara sehari selepas bercer4i"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*