Suami isteri guru bersama bayi terper4ngkap 2 hari dalam hutan, menumpang rumah keluarga Iban – “Tak boleh guna jalan darat sebab tanah rvntuh”

MAL4NG nasib pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru ini apabila mereka terper4ngkap di dalam hutan selama dua hari.

Lebih memeritkan, anak mereka yang berusia sembilan bulan turut ada sepanjang kejadian itu, selain ditemani seorang lagi kerani sekolah tempat mereka bertugas.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Ariff Aripin, 32, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Nanga Menjuau, Lubok Antu, Sarawak, mended4hkan peristiwa itu berlaku pada hari pertama tahun baharu 2020, Rabu lalu.

 “Masa tu kami dari Sri Aman nak balik ke sekolah. Kami terper4ngkap dalam pukul 6.30 petang, masa tu dah nak gel4p. Kereta saya terlekat dalam selut.

“Tak boleh buat apa dah, jadi saya keluar dan berjalan 45 minit untuk dapatkan bantuan. Line telefon pun tak ada masa tu.

“Isteri saya pula tengok keadaan tanah makin rvntuh, dia bawa bayi kami bersama kerani tu, berjalan dalam 20 minit sebelum jumpa sebuah penempatan.

Kisah Ariff sekeluarga yang dikongsi menerusi Facebook isterinya.

“Sewaktu patah balik, saya jumpa mereka. Jadi malam tu kami menumpang di rumah keluarga Iban,” ujarnya sewaktu dihubungi pada Sabtu.

Tambah Ariff, dia pada malam itu terpaksa menempvh perjalanan dua jam untuk mendaki bukit demi mencari rangkaian telefon, namun usahanya ternyata gagal.

Menumpang di situ pada malam berkenaan, mereka memulakan usaha untuk keluar pada keesokkan harinya seawal pukul 6.30 pagi.

 

Kenapa nak takut mengajar di pedalaman, mereka juga perlukan pendidikan. Saya tak ada masalah sebab dah lama di sini, orang di sini juga sangat baik. Kejadian macam ni pun bukannya selalu berlaku.

MUHAMMAD ARIFF ARIPIN

GURU

“Kami keluar rumah, berjalan dalam tiga jam dan jumpa pekerja Indonesia yang buat konkrit untuk Empangan Bakun.

“Kami dibantu sehingga saya boleh hubungi pentadbir sekolah untuk maklumkan kejadian itu.

“Pekerja Indonesia tu bawa kami ke tempat mereka dan bagi makan. Selepas itu, mereka tarik kereta saya, barulah boleh pulang.

Kereta milik Ariff yang terper4ngkap dalam lumpur bersebelahan kawasan tanah runtuh.

“Saya tinggalkan kereta di sebuah rumah panjang dan menaiki bot untuk pulang ke kuarters sekolah. Tak boleh guna jalan darat sebab tanah rvntuh,” katanya lagi memperincikan kejadian m4lang selama dua hari itu.

Namun kata Ariff, dia dan isterinya yang juga guru sekolah sama, Natasha Mohamad Idris, 32, tidak putus semangat untuk terus mendidik anak bangsa khususnya di kawasan pedalaman.

Susulan kejadian itu, dia berhasrat membuat permohonan untuk berpindah ke Pahang setelah memikirkan nasib anak mereka, Nuh Al Haq.

Keadaan kawasan tanah rvntuh yang berlaku pada Rabu lalu.

“Saya sudah masuk tahun kelapan di sekolah ini. Isteri saya pula baru tiga tahun. Dulu dia mengajar di Ulu Tiram, Johor.

“Kami kahwin pada 2014 dan Nuh merupakan anak pertama kami. Mengajar di pedalaman ni, pada saya tak pernah rasa takut pun. Apa yang perlu dibaiki ialah fasiliti.

Ariff bersama isteri, kerani sekolah dan bayi mereka yang menumpang di rumah keluarga orang Iban pada malam kejadian.

“Kenapa nak takut mengajar di pedalaman, mereka juga perlukan pendidikan. Saya tak ada masalah sebab dah lama di sini, orang di sini juga sangat baik. Kejadian macam ni pun bukannya selalu berlaku.

“Tapi bila ada anak kecil ni, dan jadi pula kejadian macam ni, saya berhasrat untuk minta pindah. Bagi saya, tak ada masalah untuk cikgu baru yang muda untuk datang sini dan cari pengalaman,” katanya lagi.

Pasangan ini sama-sama berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Nanga Menjuau.

Menurut Ariff, sekolah tempat dia mengajar hanya mempunyai 36 murid anak orang Iban.

Ariff berasal dari Pahang, manakala isterinya anak kelahiran Terengganu.

Kisah mengenai pasangan guru itu turut dikongsi menerusi laman Facebook isteri Ariff dan menerima hampir 200 komen daripada pelayar laman sosial itu.

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Suami isteri guru bersama bayi terper4ngkap 2 hari dalam hutan, menumpang rumah keluarga Iban – “Tak boleh guna jalan darat sebab tanah rvntuh”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*