“Kahwin Lagi? Tak Semudah Itu!”- Vanidah Imran Enggan Tutup Pintu Hati Tapi Tak Cari Pengganti

Menerusi paparan oleh Mstar, pelakon jelita dan  berbakat besar Vanidah Imran atau lebih mesra disapa sebagai Vee menyatakan dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki selepas berpis4h dengan bekas suaminya yang juga aktor popular, Rashidi Ishak pada 9 Ogos 2018  lalu.

Vanidah Imran  di ASK 2019 Foto: Instagram vanidahimran

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak telah mengambil keputusan untuk berpis4h secara baik sekaligus mengakhiri rumah tangga mereka yang telah dibina selama 17 tahun atas sebab yang tidak dided4hkan. 

Vanidah Imran dan Rashidi Ishak bersama dua anak mereka Foto: beautifulnara

Apabila ditanya mengenai pengganti pasangan hidupnya, aktres berusa 47 tahun itu berkata kepada Mstar.

Nak kata tutup pintu hati tu tidaklah, namun tak pula saya mencari. Banyak faktor yang saya perlu ambil kira sebelum mencari pengganti antaranya kedua-dua anak kami. Mereka terlalu rapat dengan saya malah anak kedua iaitu Mariyam Rashika masih tidur bersama dengan saya.”

Vee turut menegaskan pengganti pasangan hidupnya kelak haruslah bijak mengambil hati dua orang anak di bawah jagaannya Mikhail Imran dan Mariyam Rashika serta mampu menjaga mereka sekeluarga.

Menjengah ke Instagram Vanidah imran, rupa-rupanya aktres itu kini giat mempromosi dan menyertai kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi sehingga mewakili negara ke kejohanan silat di Korea Selatan selain turut aktif melibatkan diri dalam kejohanan marathon. Tidak hairanlah Vee kekal sihat dan dan bertenaga!

Walaupun telah berpisah,  Vee dan Shidi   cukup professional sehingga  masih boleh bekerjasama sebagai pelakon dalam filem terbaru mereka bergenre political thriller berjudul Daulat yang akan ditayangkan pertengahan tahun ini.

Foto:koolfm.my

Filem Daulat  arahan pengarah drama bersiri  Jibril, Imran Sheik ini dibintangi oleh Vanidah Imran, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak.

Berikut adalah teaser trailer filem Daulat. Nampak mengujakan, bukan?

Dalam filem ini, Vanidah Imran bakal memegang watak sebagai seorang ahli politik bernama Suri, manakala Tony memegang watak bernama Hasan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Suri n’ Hasan #Daulatmovie #lacunapicturessdnbhd

A post shared by Vanidah Imran (@vanidah_imran) on

Menurut Vee, dia dan bekas suami Rashidi menjalani sesi ujibakat seperti pelakon lain sebelum mendapatkan watak yang mereka jayakan dalam filem itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

BOSS . #daulatmovie #therockingentrepreneur #actorslife

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on

Selain itu, filem filem Daulat turut dibintangi Cristina Suzanne sebagai Nadiya Hassan,  Jasmine Suraya sebagai Jasmin Cho dan Zul Zamir sebagai Ali Fahim.

Foto:koolfm.my

Foto:koolfm.my

Foto:koolfm.my

Filem yang nampak ‘promising’ ini pasti menarik untuk ditonton apatah lagi dibarisi para pelakon yang bukan calang-calang.  

 

Sumber : Cari

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kahwin Lagi? Tak Semudah Itu!”- Vanidah Imran Enggan Tutup Pintu Hati Tapi Tak Cari Pengganti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*