“Tahniah Zaujku, Tahniah Fatin …” – Isteri Da’i Farhan Utus Ucapan Buat Bekas Madu, Impikan Keluarga Besar!

Isteri kepada pendakwah bebas Da’i Farhan, Dr. Erin berkesempatan meluangkan masa untuk melayangkan ucapan kepada bekas madunya, Fatin Nurul Ain yang selamat melahirkan cahaya mata kedua petang semalam (Ahad).

Harapan Erin agar kelahiran cahaya mata baru itu bakal memberikan kebahagiaan kepada keluarga mereka.

“Alhamdulillah tahniah zaujku Farhan, Allah telah anugerahkan seorang bayi lelaki yang sihat.

“Tahniah juga kepada Fatin kerana selamat melahirkan amanah Allah dengan kekuatan dan kasih sayang seorang ibu pada hari ini.

“Moga bayi ini akan menambahkan kebahagiaan dunia dan akh1rat kepada ummu dan walidnya serta akan membawa banyak kebaikan pada agamanya, bangsa dan negaranya,” tulis Erin di Instagram.

Malah, Erin turut meletakkan harapan untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua Farhan bersama salah seorang daripada lapan anaknya, Mithalyna tahun hadapan.

“Semalam baru sambut hari jadi Kak Mithalyna. Hari ini sambut hari jadi adik baru pula.

“Senang tahun depan sambut serentak. Insya-Allah harapan mama begitulah hendaknya,” tambahnya yang mengakhiri ucapannya dengan #1bigfamily.

Fatin telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi lelaki pada petang Ahad.

Terdahulu, Fatin dan Farhan telah bercer4i pada 3 Disember lalu ketika wanita itu sedang s4rat h4mil anak kedua mereka.

Dicer4ikan menerusi aplikasi WhatsApp, Farhan terlebih dahulu mengumumkan kepada publik telah berkahwin dengan Erin ketika sama-sama mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Tahniah Zaujku, Tahniah Fatin …” – Isteri Da’i Farhan Utus Ucapan Buat Bekas Madu, Impikan Keluarga Besar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*