‘Ramai sent4p bila saya tegur’

KUALA LUMPUR: Demi menyemai nilai positif dalam kalangan penggiat seni, pelakon Jalil Hamid, 62, tidak takut menegur sekiranya terlihat pelakuan kurang manis ketika di lokasi penggambaran.

Jalil berkata, dia tidak kisah dilabel mvndur atau dikatakan tidak berfikiran terbuka hanya kerana enggan bersubahat dalam perkara negatif.

Katanya, dia berbuat demikian bukan untuk berdakwah, sebaliknya mahu mengangkat martabat industri hiburan supaya tidak berterusan diperlekeh masyarakat.

“Jika ada kejadian tidak manis dipandang mata atau babak yang kurang sesuai, saya sedia buka mulut. Budaya kita sudah cukup cantik, kenapa perlu sogok penonton dengan adegan seperti bersenvhan, berpelvkan dan sebagainya?

“Saya tidak peduli jika dianggap kuno apabila suka menegur perkara seperti itu. Kebiasaannya, saya akan tegur secara berdepan, namun tidak semua boleh terima.

“Ramai juga yang sentap, malah siap meny1ndir, jika seperti itu, lebih baik saya jangan berlakon. Kenapa kita mahu susahkan situasi? Pelakon yang bagus mampu menterjemah emosi dan situasi hanya dengan bahasa tubuh serta intonasi suara.

“Tidak perlu kita memegang pelakon lain, sekalipun membawa watak anak dan ayah. Kita berlakon untuk memberi mesej yang baik kepada masyarakat dan berharap ia diteruskan generasi akan datang,” katanya yang sudah lebih tiga dekad menjadi anak seni.

Sebagai pelakon, Jalil dikenali kerana kelant4ngannya memperjuangkan nasib anak seni, malah kental mempertahankan prinsip supaya dirinya tidak diperleekehkan orang lain.

Ekoran kelant4ngannya, Jalil mended4hkan, dia pernah tidak mendapat tawaran lakonan selama tujuh bulan kerana bersuara apabila diajukan tawaran dengan bayaran tidak masuk akal.

Luahnya lagi, kelant4ngannya itu bersebab kerana dia tidak mahu isu bayaran, terutama untuk pelakon lama dan berpengalaman berlarutan, sedangkan mereka memberi 100 peratus komitmen di lokasi penggambaran.

Selama bergiat aktif sebagai pelakon, Jalil pernah menerima lapan anugerah, antaranya Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin 1995 dan Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH pada 1992.

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Ramai sent4p bila saya tegur’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*