Parodi Murid Sekolah Perempuan Bebel Cakap Utara Bikin Berdekah!

Sejak Khamis lalu telah bermulanya hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2020. Pelbagai gelagat anak-anak yang buat pertama kali menjejaki ke sekolah rendah untuk darjah 1.

Namun begitu baru-baru ini satu video yang memaparkan seorang murid sekolah membebel menjadi tular kerana gelagatnya berceloteh comel dengan menggunakan loghat utara.

Dalam video kanak-kanak yang tular itu, kelihatan seorang budak berbaju dan tudung warna biru yang sedang berbual dengan seorang individu yang dipercayai ibunya. Apa yang menariknya mengenai kanak-kanak ini adalah dia berbual dengan loghat utara. Kedengaran dia berkata, “makanan pun kena beli sendiri noh” dan lain-lain lagi.

Petikan dari video asal murid sekolah ini
Petikan dari video asal murid sekolah ini

Biarpun begitu setelah beberapa hari video tersebut tular, seorang lelaki pula memuatnaik video parodi adik itu. Video parodi lelaki ini telah meraih perhatian ramai.

Berikut adalah video yang parodi murid sekolah perempuan dari lelaki ini:

Manakala ini pula adalah video yang telah disunting yang memaparkan video asal kanak-kanak perempuan ini:

Perkongsian video parodi asal oleh pengguna Twitter Anisdotdot ini telah meraih lebih 397,000 tontonan dan 36,600 retweets serta 27,000 likes.

Rata-rata netizen terhibur dengan video parodi murid sekolah perempuan ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Ni abang dia ke?”

parodi murid perempuan sekolah 1

“Weh asal sama weii”

parodi murid perempuan sekolah 2

“Sama la buduhhhh..Ya Allah aku tak boleh tahan gelak”

parodi murid perempuan sekolah 3

“Wehhh sama giler doo. Lenggok cakapnya, mimik mukanyaa, pattern ish semulah comel hahahha”

parodi murid perempuan sekolah 4a

Sumber: Anisdotdot / Astroawatni

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Parodi Murid Sekolah Perempuan Bebel Cakap Utara Bikin Berdekah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*