Ungku Ismail bebas g0sip cinta lokasi

KUALA LUMPUR: Pelakon Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz memilih untuk tidak terlalu kerap memuat naik foto bersama pelakon wanita yang digandingkan dengannya, selain mengelak keterangan gambar yang boleh menimbulkan tanda tanya kerana enggan terjerat g0sip cinta.

Menurut Ungku Ismail, 34, formula itu menampakkan hasilnya apabila sehingga hari ini dia masih terselamat daripada gosip percintaan, termasuk ketika bergandingan dengan Mira Filzah dalam drama rantaian popular, Adellea Sofea.

“Tidak dinafikan, apabila berlakon bersama, memang ada segelintir peminat yang suka dan berharap ia berpanjangan hingga di luar kamera. Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku, saya cuba elakkan daripada memuat naik perkongsian yang boleh mencetvskan g0sip percintaan.

“Sekalipun saya berkongsi, itu hanya untuk mempromosikan drama lakonan kami. Saya juga akan memastikan, kapsyen gambar tidak menjurus kepada sesuatu yang boleh menimbulkan spekulasi dan membuat pengikut berfikir seolah-olah antara kami memang ada hubungan istimewa,” katanya.

BERSAMA gandingannya dalam drama Adellea Sofea, Mira Filzah. – Foto Asyraf Hamzah

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri, Teman Lelaki Upahan itu berterus terang mengakui, dia tidak mengikuti akaun Instagram (IG) Mira.

“Saya memang tidak mengikuti akaun IG Mira dan rasanya tiada keperluan untuk saya berbuat demikian. Lagipun, kebiasaannya, paparan IG artis penuh dengan promosi dan iklan.

“Berbeza jika muat naik di laman sosial lebih berkisar hal berkaitan peribadi, saya akan ikut kerana saya berminat untuk tahu.

“Apabila tidak terlalu rapat, ia sebenarnya memudahkan banyak perkara. Contohnya, apabila Mira mengumumkan, dia sedang mengenali seseorang, nama saya tidak terkait memandangkan kami tidak pernah dig0sipkan bercinta,” katanya.

Ungku Ismail ditemui pada majlis sidang media teater Semarak Pertiwiku di Istana Budaya, di sini. Teater berkisar mengenai gejala rasuah itu turut menampilkan Sherie Merlis, Anding dan Taufik Hanafi, selain Muhammad Azri Ali sebagai pengarah.

Diterbitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Semarak Pertiwiku bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya selama dua hari mulai 30 Januari ini. Masuk adalah percuma.

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Ungku Ismail bebas g0sip cinta lokasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*