“Setiap hari saya makan kek batik!” – Ungku Ismail amal diet pelik dalam drama Adella Sofea untuk tambah berat badan

MACAM-MACAM teknik yang digunakan seseorang pelakon untuk menghidupkan sesuatu watak dalam drama atau filem.

Walaupun ada antara teknik yang digunakan itu agak pelik bagi ramai orang, tapi itulah yang diamalkan oleh sesetengah pelakon mengikut kesesuaian mereka.

 Pelakon Ungku Ismail juga punya teknik tersendiri ketika menjayakan watak Firdaus dalam drama Adella Sofea yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Akasia di TV3.

Menurut Ungku Ismail, 35, dia memakan kek batik hampir setiap hari bagi menaikkan berat badan hingga kelihatan sedikit berisi.

Drama Adella Sofea ditayangkan di slot Akasia, TV3.

“Saya memang suka kek batik, jadi setiap hari saya akan makan terutama ketika di set penggambaran. Cara ini nampaknya berkesan untuk menaikkan berat badan dalam masa singkat.

“Teknik yang digunakan menjadi sehingga saya ditegur oleh pengarah kerana berat badan saya naik dengan mend4dak,” katanya kepada mStar.

Dia ditemui ketika sidang media teater Semarak Pertiwiku dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM).

Jelas Ungku Ismail dia terpaksa menaikkan berat badan bagi menunjukkan perubahan fizikal watak Firdaus sebagai seorang pen4gih yang berusaha untuk meninggalkan n4jis d4d4h.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya (depan tengah) bergambar bersama para pelakon Teater Semarak Pertiwiku selepas sidang media mengenai teater tersebut di Istana Budaya.

Menerusi drama berkenaan, Ungku Ismail bergandingan dengan aktres Mira Filzah.

Sementara itu bercerita mengenai penglibatannya dalam teater Semarak Pertiwiku, Ungku Ismail berkata dia teruja untuk terlibat dalam sebuah karya yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keburukan gej4la r4svah.

Selain untuk Ismail, teater arahan Muhammad Azri Ali itu akan turut dijayakan oleh barisan pelakon terkenal seperti Sherie Merlis, Anding dan juga Taufik Hanafi.

Teater muzikal yang akan dipentaskan secara percuma di Panggung Sari, Istana Budaya itu akan menemui orang ramai pada 30 dan 31 Januari ini.

 

Sumber : Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Setiap hari saya makan kek batik!” – Ungku Ismail amal diet pelik dalam drama Adella Sofea untuk tambah berat badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*