Isu Panggilan Janda, Kak Lina Pom Pom Tak Kecil Hati Dengan Janna Nick

Pelakon, pengacara dan penyanyi, Elly Mazelin mengakui dia tidak menyimpan sebarang rasa dend4m atau tidak puas hati dengan pelakon Janna Nick.

Terdahulu, Janna dikecam oleh wargamaya ekoran dia menggunakan gelaran ‘janda’ terhadap Elly yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Ins1den panggilan ‘janda’ tersebut berlaku ketika Janna mengendalikan program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung hujung minggu lalu.

“Janna bergur4u sahaja. Saya sudah lama mengenali Janna. Tak ada rasa dend4m, mar4h atau tidak puas hati dengan Janna.

“Janna hanya bergur4u, saya langsung tak ambil hati. Lagipun, saya sendiri menganggap Janna seperti adik sendiri,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Enggan memanjangkan perkara ini, Elly turut mended4hkan yang Janna sudah memohon maaf atas ketelanjurannya.

“Janna pun sudah memohon maaf kepada saya sebaik tamat rancangan itu. Saya faham, kadang-kadang bila kita mengendalikan rancangan siaran langsung, insiden tersasul pasti berlaku.

“Jadi, saya harap perkara ini tidak dibesarkan dan orang ramai tidak mengkr1tik Janna kerana semuanya baik-baik sahaja antara kami,” kata wanita yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom ini.

 

Sumber : Gempak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Isu Panggilan Janda, Kak Lina Pom Pom Tak Kecil Hati Dengan Janna Nick"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*