Pokcik, demo hebak!

MESKIPUN dilahirkan t4npa kedua-dua tangan, namun kekur4ngan itu tidak membataskan lelaki ini untuk melakukan pelbagai kerja demi kel4ngsung4n hidup.

Kec4c4tan dihidapi Rahim Yusoff, 54, sejak lahir, tidak pernah menjadi alasan mengharapkan simpati pihak lain, sebaliknya kekurangan itu menguatkan semangatnya untuk terus berdikari.

Rahim juga mahu mengubah stigma negatif masyarakat tentang keupayaan golongan orang kurang up4ya (0KU).

Menurutnya Rahim, walaupun c4c4t kedua-dua tangan, dia bersyukur kerana mempunyai kaki normal yang dapat membantunya bergerak dan mencari rezeki bagi menyara kehidupan bersama isteri, Noraidah Hamzah, 45, yang lvmpvh dari paras pinggang ke bawah dan tiga anak berusia antara tujuh hingga 15 tahun.

“Sebagai ketua keluarga, saya akan berikhtiar melakukan pelbagai kerja bagi menyara kehidupan menggunakan kudrat yang ada dan selagi mampu saya tidak mahu menyus4hkan sesiapa.

“Dengan fizikal yang tidak sempurna, saya menggunakan kemahiran menjahit untuk mengambil tempahan daripada penduduk sekitar dan mampu memperoleh pendapatan sekitar RM150 hingga RM200 sebulan bergantung kepada tempahan.

“Memandangkan pendapatan yang diperoleh tidak menentu, saya juga memelihara dan menjual lembu serta melakukan sistem pawah yang secara tidak langsung dapat menjana pendapatan tambahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Pangkal Gong, Pulai Chondong, Machang, semalam.

RAHIM meninjau ternakan lembunya. FOTO Zaman Huri Isa

Rahim berkata, beban yang ditanggung sedikit ringan apabila dia dan isteri masing-masing mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 dan RM250 setiap seorang.

“Walaupun isteri saya terpaksa mengengs0t, dia tetap membantu keluarga membuat kerja sekadar yang termampu,” katanya.

Bercerita lanjut, Rahim menjelaskan menternak lembu sejak enam tahun lalu selepas membeli lembu yang sudah bunt1ng daripada seorang penternak di Machang pada harga RM250 seekor.

Menurutnya, dia memelihara dan menambah jumlah ternakan selain turut menjual kepada penduduk sekitar terutamanya bagi memenuhi permintaan ketika ibadah k0rb4n yang dijual antara RM2,500 hingga RM3,700 seekor dan tahun lalu sebanyak 10 ekor lembu yang dijual.

“Kini saya mempunyai lima lembu iaitu tiga ekor dipelihara sendiri dan dua ekor lagi melalui sistem pawah, yang mana penduduk di menyuruh saya menjaga ternakan mereka, termasuk seekor daripadanya diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan.

“Bagi memastikan lembu berada dalam keadaan sihat, setiap enam bulan sekali saya akan memanggil pihak JPV untuk memberikan sunt1kan bagi mengelak j4ngk1tan kaki dan mulut.

“Untuk makanan, selain memberi palet berharga RM31 untuk 50 kilogram yang hanya mampu bertahan tiga hari, saya juga akan melepaskan lembu di bendang berdekatan pada pagi hingga petang bagi mer4gut rumput,” katanya.

RAHIM yang tidak mempunyai kedua-dua tangan sejak lahir mampu menjahit dan menternak lembu. FOTO Zaman Huri Isa & NSTP

Menurutnya, ketika tr4gedi bah kuning pada 2014, dia pernah mengalami kerugian kira-kira RM15,000 apabila 400 itik yang diternaknya m4ti, termasuk reban musnah dibawa arus b4njir.

“Ketika itu, selain menjual itik, telur yang dihasilkan juga diperam untuk dijadikan telur masin yang diproses oleh isteri saya sebelum ia dijual bagi memenuhi permintaan.

“Saya akui trauma kerana rugi teruk apabila kesemua itik yang dipelihara m4ti, namun jika ada rezeki, saya mahu mengusahakannya kembali dalam jangka masa setahun atau dua tahun akan datang,” katanya yang juga penerima Anugerah Usahawan OKU Tani.

 

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Pokcik, demo hebak!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*