Duet Berpelvkan Secara Live, Protege Hafiz Suip Mohon Maaf, Ini Reaksi Si Isteri…

Terlalu menghayati lagu duet bersama penyanyi Indonesia, Zaskia Gotik yang membawakan lagu Jangan Tinggalkan Aku nyanyian Imam S Arifin, peserta dari Malaysia, Azmirul Azman,26, terkejvt melihat kehadiran isteri yang muncul secara tiba-tiba di program D’Academy Asia 5.

Malah, situasi berkenaan turut tular di laman media sosial, baru-baru ini.

Menerusi video dari Facebook hiburan Indonesia, Golden Memory, Amirul  dan Zaskia terlalu asyik menyanyi sambil berpelvkan dan saling menatap mata antara satu sama lain.

Terkejvt akan kehadiran isteri, Nur Fatin Farahin atau mesra disapa Farah, reaksi Amirul yang juga pemenang tempat ketiga Mentor Musim-3 (protege Hafiz Suip) sangat terkejvt dan wajahnya kelihatan pucat.

Bagaimanapun, Farah tenang berdepan situasi berkenaan dan ini responnya.

“Tak tahu nak cakap apa dah. Lelaki kalau belakang isteri memang macam ni,” katanya tenang. 

Bagaimanapun, Amirul akui silap dan meminta maaf kepada isterinya itu.

“Sayang, b minta maaf. Selama b ada kat sini, b banyak meny4kiti hati sayang . B terpaksa buat mcm ni untuk hiburkan orang di Indonesia dan semua negara,” katanya yang sudah berkahwin dengan Farah pada tahun 2017.

Mahu memberi kejvtan, Farah telah menghadiahkan bantal tidur kepada suaminya itu sebagai simbolik bantal kegemaran anaknya yang kini berusia 1 tahun 10 bulan.

“Sebelum nikah kami beli bantal ini , apabila dah nikah, ada anak. Jadi bantal ini kepunyaan anak kami. Inilah bantal kegemaran anak saya. Saya sangat rindu anak saya,” katanya sambil memelvk dan mencivm item tersebut. 

Dalam pada itu, Zaskia turut meminta maaf kepada Farah dan menganggap ini sekadar hiburan semata-mata oleh pihak produksi program berkenaan.

Program itu turut menampilkan juri dari Malaysia, Mas Idayu dan tiga orang pengacara Indonesia termasuk Uyaina selaku pengacara tempatan.

Video : Facebook Golden Memory

 

Sumber : MH

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Duet Berpelvkan Secara Live, Protege Hafiz Suip Mohon Maaf, Ini Reaksi Si Isteri…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*