“Laksana Pasangan Diraja Di Alam Fantasi”- Majis Resepsi Farah Nabilah Dan Amirul Yunus

Sebagai penutup tahun 2019 yang lalu, aktres  jelita Farah Nabilah telah pun selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya, Mohammed  Amirul Yunus yang juga  merupakan seorang juruterbang.

Bagi membuka membuka tirai tahun 2020, kini tibalah masa untuk pasangan mempelai ini diraikan dalam majlis persandingan serba mewah dan penuh gemilang yang telah pun berlangsung tangggal 5 Januari lalu di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.

Kredit:mahligaicinta.my

Majlis resepsi ini bertujuan untuk meraikan teman rapat, pihak media serta ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Majlis resepsi pasangan ini bertemakan black tie dan mempelai kelihatan seperti pasangan diraja di alam fantasi dalam persalinan yang direka oleh pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini.

 

Kredit:mahligaicinta.my

Aura pengantin di alam fantasi semakin terserlah dengan tersedianya pelamin indah  persis singgahsana  buat kedua  mempelai oleh Rekateemor.

Kredit:mahligaicinta.my

Kredit:mahligaicinta.my

Kredit:mahligaicinta.my

Dalam majlis tersebut, Farah menggayakan gaun pengantin rekaan Rizman Ruzaini daripada fabrik jenis taffeta dan veil yang tampak mewah di samping Amirul yang kelihatan segak  mengenakan tuxedo.

 

Lebih mengujakan, majlis turut  diserikan dengan persembahan nyanyian daripada adik-adik Farah Nabilah dan penampilan istimewa oleh  Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.

Selain itu, tetamu yang hadir terdiri daripada rakan selebriti seperti Mira Filzah, Janna Nick, Izara Aishah, Fazura  serta ramai lagi dan  yang paling mencuri tumpuan ialah  Mira Filzah yang dikhabarkan hadir dengan ditemani oleh  buah hatinya, seorang arkitek.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Love was in the air. Last night, celebrating the nuptials of #FawaaXAmirul ❤️ @farahnabilahofficial @amirul_yunus

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Semoga ikatan cinta yang dibina mereka  kekal hingga akhir hayat!

 

Sumber : Cari

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Laksana Pasangan Diraja Di Alam Fantasi”- Majis Resepsi Farah Nabilah Dan Amirul Yunus"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*