Yatt Hamzah Beri Nama Anak Suci Hawa Zulaikha, Ini Sebabnya…

Pelakon Yatt Hamzah memilih nama Suci Hawa Zulaikha buat cahaya mata keempatnya yang lahir minggu lalu.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 40, mengumumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Sempena mengambil keberkatan sunah menamakan anak pada hari ketujuh, bonda dengan rendah hati berkongsi nama puteri keempat yang hari ini (semalam) telah genap lapan hari usianya, iaitu Suci Hawa Zulaikha Binti Mohammad Zulfadhli,” tulisnya.

Pada masa sama, Yatt turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama yang diberikannya itu.

“Nama yg baik bersempena dengan nama ibu kita semua iaitu Hawa, isteri Nabi Adam AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi Yusof AS iaitu Zulaikha.

“Suci pula membawa maksud kudus, bersih, harum dan baik juga bersamaan dg nama awal ketiga-tiga kakaknya.

“Mudah-mudahan akhlak dan keperibadian anak bonda ini secantik dan seindah namanya. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup,” luahnya.

Dalam perkongsian entri itu, Yatt turut memuat naik gambar terkini bayinya, namun masih belum mended4hkan wajah penuh anaknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum wbt. Bismillahirrahmanirrahim. Sempena mengambil keberkatan Sunnah menamakan anak pd hari ke 7, Bonda dg rendah hati berkongsi nama Puteri ke 4 yg hari ini telah genap 8 hari usianya, iaitu SUCI HAWA ZULAIKHA BINTI MOHAMMAD ZULFADHLI. . Nama yg baik bersempena dg nama IBU kita semua iaitu HAWA isteri Nabi ADAM AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi YUSOF AS iaitu ZULAIKHA. SUCI pula membawa maksud kudus, bersih, harum & baik juga bersamaan dg nama awal ketiga2 kakaknya. Mudah2an akhlak & keperibadian anak Bonda ini secantik dan seindah namanya.. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup.. Mujahidah Solehah In shaa Allah.. Aameen..🤲🥰 . Sunat diberikan nama kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya. Hadith Nabi SAW, أنَّ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم أَمَر بِتَسمِيةِ المَولودِ يومَ سابِعِه Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya”. . #sucihawazulaikha #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #SUCI #LILSUCI #THESUCIS #BABY #NEWBORN #NEWBUNDLEOFJOY #BAYI #BABYGURL #SIBIBIRMERAH #30DEC2019 #lilmujahidah #Sucino4

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 30 Disember lepas.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina, 2.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Reaksi saat kali pertama kakak2 #theSucis melihat wajah adik mereka, Suci no 4. Alhamdulillah semua excited especially Kak Nia & Iqlima sbb dua2 dah mmg kakak. Yg no 3 Medina je mcm hesitantly nak peluk & bila nampak semua org excited dia pun nk feel happy jgak.. . Tp Bonda perasan the way she looked at me & the new born. Dia mcm pelik tgk Bonda pegang baby lain. Dia usha je masa Bonda dukung & cium2 adik dia si baby baru ni..Pandangan penuh misteri..😅😂😎Boleh swipe left to see her reaction..😇😎 . Jangan risau Medina syg..U r always gonna be my small baby..Haishhh, berkacalah mata Bonda ni tgk Medina mcm tu haritu. Sekejap je dah jd kakak ya anak. X puas lg awak nak manja2, dah ada adik baru pula..Sama perasaan masa dpt awk tahun lepas bila tgk muka Iqlima pandang Bonda dg muka confused..☺😊 . I’m sure ibu2, mommies yg lain pn feel the same kan..😇🥰🤗 . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #bondaYH #Baby #LilSuci #suci #newborn #THESUCIS #sibibirmerah #30Dec2019 #30Dec2019 #sucihananiamalika #sucihumairaiqlima #sucihayfaamedina #sucino4

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

 

Sumber : Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Yatt Hamzah Beri Nama Anak Suci Hawa Zulaikha, Ini Sebabnya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*