Tuah hari lahir Ajak Shiro

PELAWAK popular, Ajak Shiro tidak menyangka mendapat hadiah motosikal berkuasa tinggi, Triumph Bonneville T120 Black yang berharga lebih RM60,000 daripada isterinya, Afifah Amin.

Hadiah itu adalah kejvtan daripada isteri sempena hari jadi Ajak yang ke-34, kelmarin.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak berkata, dia sudah mengidamkan motosikal itu sejak tiga tahun lalu.

“Dalam tempoh itu, saya berusaha kumpul duit. Tapi, apabila rezeki itu ada, mesti niat terb4ntut. Ini kerana saya akan utamakan keperluan untuk keluarga dulu. Bukan ‘p0yo’, tapi sebab saya bapa kepada tiga anak. Keinginan itu saya kena letak tepi dulu.

“Pernah sekali saya sudah sentuh motosikal ini, kemudian saya lepaskan semula apabila medengar harganya. Mungkin sesetengah orang berasakan ia murah, tapi saya yang asalnya bekerja dengan kerajaan dan tahu duit susah nak cari, saya berasakan motosikal ini mahal,” katanya.

Ajak yang juga penyampai radio Suria FM berkata, dia hanya mampu tersenyum apabila ditanya rakan mengenai perancangannya membeli motosikal itu.

“Ramai kawan tahu saya suka motosikal ini. Tapi, saya cuma bercerita. Apabila mereka tanya bila saya nak beli, saya cuma senyum saja.

“Kalau saya tidak fikirkan anak-anak, sudah lama saya beli. Alhamdulillah, isteri saya hadiahkan motosikal ini dan memang tak sangka langsung sebab saya sudah mula lupakan niat nak beli motosikal ini.

“Syukur, terima kasih Allah kurniakan saya isteri dan anak-anak yang hebat ini untuk bahagiakan saya di dunia ini. Terima kasih sayang sebab hadiahkan saya motosikal ini,” katanya.

Ajak berkata, apa yang dimiliki sekarang juga adalah berkat doa isteri tercinta.

“Dulu saya beli motosikal Honda C70 dengan lampu ‘signal‘ patah. Harga RM700 bayar empat kali untuk bawa isteri, tapi sekarang tidak lagi.

“Ini semua berkat doa isteri untuk suaminya. Teruskan berdoa untuk saya, dan saya akan jaga kita,” katanya.

 

Sumber : Metro

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Tuah hari lahir Ajak Shiro"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*