[VIDEO] “Tak Pasal-Pasal Aku Pun Nangis Sekali” – Dayah Bakar Kongsi Detik Berpisah Suami Ke Australia, Ramai Boleh Relate!

Personaliti televisyen Dayah Bakar berkongsi sepotong rakaman detik-detik terpaksa berpi4h dengan suami di lapangan terbang.

Difahamkan suaminya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi ditugaskan ke Australia untuk berkhidmat di sana.

“Tchanif akhirnya berlepas untuk menunaikan tanggungjawabnya di tempat yang jauh dari kampung halaman.

“Saya sentiasa mengagumi keberanian dan berbangga apabila melihatmu membawa Jalur Gemilang.

“Jumpa nanti dan jaga diri,” tulisnya pada kapsyen video terbabit.

Dalam rakaman itu, Dayah yang turut ditemani keluarganya kelihatan seb4k untuk melepaskan suaminya pergi.

Hingga Dayah akhirnya menit1skan air mata sambil melihat Hanif berlalu.

Situasi itu mencetuskan rasa hiba dalam kalangan pengikut media sosial Dayah yang rata-ratanya pernah berdepan dengan situasi sama.

“Aku faham sebab suami aku pun ask4r,” tulis @izzaty_mzain.

“Teringat masa suami saya kena terbang ke United Kingdom selama 7 bulan. Masa itu saya tengah h4mil pula. Memang menangis,” sahut @nohimoshi.

“Baru faham perasaan bila suami tak ada di sisi waktu bekerja di luar kawasan. How strong my mom once upon a time nak besarkan anak-anak bila abah kena duduk berjauhan sebab bekerja sebagai tentera,” tambah @bahijah.tarmizi.

“Semoga Allah melindungi semua pahlawan negara walau dimana mereka berada. Saya dua bulan lepas nikah suami dah kena pergi operasi,” kongsi @dayah_kahar.

Dayah dan Hanif berkahwin pada 29 Jun 2018 selepas berkenalan sejak sekian lama dari bangku sekolah lagi.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] “Tak Pasal-Pasal Aku Pun Nangis Sekali” – Dayah Bakar Kongsi Detik Berpisah Suami Ke Australia, Ramai Boleh Relate!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*