Terubat Rindu, Peminat Gembira Bila Faizal Tahir Kembali Aktif Di Instagram!

Kerinduan peminat terubat selepas penyanyi Faizal Tahir kembali aktif di akaun Instagram miliknya.

Faizal telah kembali mengemaskini akaun terbabit setelah menyepi sejak September tahun lalu.

Menerusi kapsyen yang ringkas ‘testing’, Faizal telah berkongsi sebuah rakaman video ketika berada di Lubnan bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.

Pelantun lagu Ragaman itu turut berkongsi suhu cuaca di negara itu di Instagram Stories miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

testing

A post shared by FT (@faizal_tahir) on

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, peminat dan rakan artis meluahkan rasa lega kerana Faizal memilih untuk kembali aktif.

“@elizadsharifuddin: Yeayyy!!”

“@yasinsulaiman: Wow welcome back huhu.”

“@azizharun212: Good to have you back Faizal Tahir!”

“@norylnn_m.noor: Welcome back Faizal Tahir. Been waiting patiently for this day.”

“@Besek_sarina: Yayy! Bapak kembali Alhamdulillah.”

Terdahulu, Faizal mengumumkan akan berehat seketika daripada arena muzik untuk tempoh yang panjang.

Keputusan yang dibuat Faizal itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan dua sahabat baiknya iaitu pemain gitar terkemuka, Fauzi Samin (Aji) dan pemain bass terkenal tanah air, Kelly yang men1ngg4l dunia.

Faizal juga bertindak memad4m kesemua foto di akaun Instagramnya.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Terubat Rindu, Peminat Gembira Bila Faizal Tahir Kembali Aktif Di Instagram!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*