‘Minta izin kahwini Yaya, tapi…’-Pengakuan mengejut suami Hanna Baa

“SAYA mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau (Yaya) atas sebab memperlihatkan keakraban di antara mereka berdua yang sangat rapat,” kata Mahyudin Noral Azhar, 35, atau turut dikenali sebagai Baa, menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya.

Mahyudin adalah suami kepada Suhana Hamzah, 34, wanita yang mendakwa Haziqah Nurul Huda Harun, 23, atau lebih dikenali Yaya, bercinta dengan suaminya di media sosial.

Sebagai maklum balas terhadap hantaran isterinya yang dikenali sebagai Hanna Baa di media sosial itu, Mahyudin ketika dihubungi Harian Metro mengakui berkawan rapat dengan Yaya dan mahu memperisterikannya, namun tidak dipersetujui Suhana.

Dia yang dihubungi meminta Harian Metro merujuk hantaran yang dimuat naik menerusi di FB miliknya, Baa Azhar, kira-kira 9 pagi, hari ini.

Menerusi hantaran di FB miliknya itu, Mahyudin mengakui selesa melihat keikhlasan Yaya yang banyak membantu menaikkan perniagaannya menyebabkan dia berhasrat mengahwini pengusaha kuih bakul itu.

“Saya akui setelah mengenali beliau (Yaya) beberapa tahun lepas bagi mengendalikan perniagaan bersama. Setelah beberapa lama mengenali beliau, saya mula menaruh perasaan untuk memperisterikan beliau.

“Saya telah meminta keizinan beliau (isteri) untuk memperisterikan Yaya dan atas dasar beberapa sebab yang berlaku, termasuklah hasutan orang sekeliling, beliau tidak membenarkan kami untuk disatukan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

penat kerana manusia, mereka akan tinggalkan kita.. samada mati atau berpisah..Tapi penat kerana allah, kita tidak akan pernah ditinggalkan…hehehehehe . . btw rinih terbaca 1 statement dkt komen fb yaya, depa cakap “ehh kata oku, tpi nmpak gambar duk molek ada naik motor..” . . memang laaa.. sbb dlm Malaysia x pernah ada kata undang2 yg menyatakan Oku x leh bonceng motor.. yg yaya tahu yg x leh bawak motor nih yg x dek lesen jeee😂😂😂… . . so yaya x bawak kannn.. yaya bonceng dri belakang jeee ngn adik yaya…apa cara yaya buat, kepit kaki pada pedal belakang then letak tekanan badan ntok bertahan atas motor smbil pegang kaki n peluk adik yaya serapat mungkin ala2 pasangan romantiss gittewww.. . . kire onzz laaa kan… . . btw kita dicipta dngn kekuatan dan semangat yg berbeza2… mcm yaya, yaya x leh lembik2…sbb yaya memang lasak sjk kecik n yaya ada keinginan untuk berjalan semula so yaya kene gasak mindset yaya utk boleh menerima yg suatu hari yaya boleh jdi seperti yg yaya inginkan… . . positive kann tuuuu.. Hahaha… sorry laa yg x suke baca pnjang2… yaya memang suke menaip karangan pnjang2 sjk kecik.. 😂😂😂 (x sempat nk ready, elok2 dia snap gambor.. hadehhh… udah laa muka bersepah kes main panas wehh.. sunburn iolls 😭😭😭) . . #MekYaTokeyMooncake #VictoryYaya

A post shared by MY NAME IS YAYA… (@yaya_victoryyaya) on

“Oleh demikian saya juga tidak melakukan sebarang perkahwinan seperti yang diviralkan (ditularkan),” katanya dalam hantaran itu.

Mahyudin berkata, dia dan Suhana masih suami isteri, justeru kenyataan yang dikeluarkan berkaitan perceraiannya juga tidak benar.

“Untuk makluman, saya dan juga isteri masih sah dalam ikatan sebagai suami isteri. Bagi kenyataan berkaitan percer4ian kami, itu adalah tidak benar.

“Sebagai suami, tanggungjawab saya terhadap beliau sama sekali tidak pernah diabaikan sama juga terhadap anak.

“Bagi isu saya memvkul atau mengabaikan beliau (isteri) adalah tidak benar sama sekali, saya masih melayan beliau sama. Saya tidak mengabaikan mana-mana tanggungjawab dari segi zahir dan batin.

“Saya masih menyayangi beliau dan tidak terlintas untuk melepaskan beliau seperti mana yang diviralkan,” katanya.

Menurutnya, dia sudah tidak aktif di FB sejak tiga bulan lalu, namun kerana terlalu banyak pertanyaan mengenai isu yang ditul4rkan, dia terpaksa membuat hantaran itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya mohon netizen (warganet) berhenti dan tidak lagi memperbesarkan atau masuk campur urusan kami dalam berumahtangga.

“Bagi isu yang diviralkan beberapa hari ini, saya mohon maaf atas sebarang silap faham dan tindakan mana-mana pihak yang mungkin terasa hati atau mungkin menjatuhkan imej pihak berkaitan kes tersebut,” katanya.

Media sosial semalam kecoh apabila seorang ibu kepada tiga anak mendakwa suaminya dirampas oleh usahawan kuih bakul berstatus halal di Kemaman yang terkenal dengan panggilan Yaya.

Menerusi akaun FB Hanna Baa, wanita itu mendakwa Yaya yang dianggap seperti adiknya sendiri bercinta seterusnya berkahwin secara senyap dengan suaminya di Thailand pada 6 Januari, baru-baru ini.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Minta izin kahwini Yaya, tapi…’-Pengakuan mengejut suami Hanna Baa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*