Comel Menari Lagu Mengantuknya Mumia, Netizan Dakwa Wajahnya Mirip Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah!

Lagu Mengantuknya Mumia dari siri animasi Didi & Friends telah mencetuskan fenomena luar biasa sejak dilancarkan Oktober tahun lalu.

Lirik mudah disebut, rentak lagu yang segar selain menampilkan karektor mumia menjadikan lagu ini siulan anak muda terutamanya kanak-kanak.

Terbaru, lagu berkenaan sekali menjadi sebutan apabila sepotong rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sedang menari viral di media sosial.

Menari di hadapan rakan sekolahnya, kanak-kanak yang dikenali sebagai Issabelle Semanjan itu mencvri tumpuan ramai.

Ramai yang memuji gaya tarian yang bersahaja dan kelihatan begitu comel.

Namun, dalam pada pujian berkenaan tidak kurang juga yang menyamakan wajah kanak-kanak itu seperti Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah merupakan puteri bongsu kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Anda boleh lihat perbandingan gambar antara mereka berdua di bawah? Sama tak?

 

Apapun, difahamkan Issabelle turut aktif menghasilkan video menerusi aplikasi TikTok.

Anda boleh lihat banyak lagi video menarik kanak-kanak ini di sini @issabelle_2013

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Comel Menari Lagu Mengantuknya Mumia, Netizan Dakwa Wajahnya Mirip Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*