“Isu Ramp4s Suami Rakan..” Kenali Siapa Sebenarnya Yaya Gadis 0KU Yang Vir4l Sejak Semalam

KEMAMAN: Enam tahun lalu, gadis manis ini pernah putus asa dan tertekan selepas disahkan lvmpuh akibat dem4m panas hingga hilang semangat untuk meneruskan hidup.

Namun, kini Haziqah Nurul Huda Harun, 23, yang lvmpuh daripada paras pinggang ke bawah sejak 2012, mampu tersenyum kerana beliau bukan saja bangkit dari zaman kekecewaannya, malah mampu berbangga kerana berupaya berdikari menerusi perniagaan kuih bulan yang diusahakannya.

Malah, berkat usaha dan kesungguhannya, membolehkan perniagaan itu bertambah maju dan kuih bulan yang dihasilkan bukan setakat menerima tempahan tempatan, malah menembusi pasaran luar negara termasuk Qatar, Abu Dhabi, Russia, Australia, Kuwait, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

Ketika ditemui di kilangnya yang dinamakan Victory Yaya dekat Kampung Bukit Kuang, di sini, gadis yang mesra disapa dengan panggilan nama Yaya ini, rancak bercerita mengenai perancangannya pada tahun ini termasuk mahu membuka francais kuih bulan.

“Jika ikut perancangan saya mahu membuka satu francais di Kuala Terengganu bulan hadapan bagi memperluaskan lagi pasaran kuih bulan halal ini, tambahan pula permintaan yang agak tinggi dari penggemar kuih tradisi masyarakat Cina itu.

“Malah, saya juga meneroka peluang untuk membuka francais di Kelantan, setakat ini saya memberi tumpuan kepada dua lokasi ini dulu. Jika berjalan lancar, mungkin akan diperluaskan ke negeri lain,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, kuih bulan adalah makanan istimewa sempena meraikan kemenangan orang China menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 sebelum masihi-1341 masihi). Perayaan kuih bulan diraikan pada akhir Ogos hingga akhir September.

HAZIQAH bersama pekerjanya menyiapkan kuih bakul yang ditempah pelanggan di Kilang Pemprosesan Makanan Victory Yaya di Kampung Bukit Kuang. – Foto Muhd Asyraf Sawal

Kuih bulan secara tradisinya diperbuat daripada adunan manis yang berintikan kacang merah, biji teratai atau kuning telur masin. Mengikut sejarah, pesanan untuk memberontak disebarkan menerusi surat yang diletakkan dalam kuih bulan, akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Berbicara lanjut mengenai kuih bulan yang dihasilkannya, Yaya berkata, beliau juga sedang merancang mengeluarkan empat lagi perisa baharu kuih bulannya yang mana ia lebih sihat dan kurang manis.

Bagaimanapun, katanya, buat permulaan perisa baharu itu hanya terhad kepada pelanggan tetapnya saja, sebelum dibuka untuk tempahan pelanggan lain selepas berpuas hati dengan rasa serta sambutan yang diterima.

“Saya mahu pelanggan menikm4ti manisan dengan cara yang lebih sihat, bagaimanapun saya masih belum memutuskan jenis perisa dan namanya bagi produk baru itu

“Setakat ini saya mempunyai 30 jenis perisa tradisional dan moden hasil olahan sendiri. Setakat ini kuih bulan saya bukan saja digemari pelanggan Muslim, malah pelanggan Cina juga mengakui keenakannya,” katanya.

Antara perisa yang sering mendapat tempahan tinggi dari pelanggannya adalah kacang merah, kacang hazel, oreo, durian, gajus dan biji teratai.

Mengimbau kembali permulaannya menghasilkan kuih bakul itu, Yaya berkata, dia berusaha menghasilkan kuih berkenaan demi memenuhi permintaan kakaknya yang ketika itu sedang hamil pada tahun 2015 selepas mempelajarinya daripada seorang rakan media sosial dari Beijing, China.

Anak keempat dari lima beradik ini berkata kakaknya kemudian memuat naik gambar kuih berkenaan ke laman sosial Facebook (FB) sebelum mendapat banyak maklum balas positif daripada kenalan dan pengguna FB.

“Selepas itu saya menerima permintaan daripada seorang wanita yang juga sedang hamil, merayu supaya saya membuat kuih bulan untuknya dan sejak itu saya menerima tempahan berterusan daripada pelanggan.

“Ketika itu saya hanya beroperasi dari rumah untuk memenuhi tempahan kira-kira 500 biji kuih bulan dalam satu masa. Susulan sambutan begitu menggalakkan dan jumlah tempahan yang semakin meningkat, saya memberanikan diri membuka kilang ini sejak September tahun lalu,” katanya yang kini dibantu 30 pekerja dan menghasilkan sehingga 2,000 biji kuih bulan sehari .

Katanya, bagi membantu individu senasib dengannya, Yaya turut mengambil tiga orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja dengannya kerana menyedari golongan terbabit ada kalanya sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai.

“Saya pernah melalui fasa putus asa dalam hidup ketika mula lumpuh, malah pernah terfikir supaya Allah mengambil saja nyawa saya.

“Namun, saya bertuah kerana mendapat sokongan ahli keluarga yang tidak jemu memberi semangat dan akhirnya saya sedar bahawa satu nikmat yang ditarik, Allah kurniakan 10 lagi nikmat kepada saya….jadi tiada sebab untuk terus meratapi takdir,” katanya.

FAKTA:

Haziqah Nurul Huda Harun, 22

Bekas Pelajar SMK Sultan Ismail 1, Kemaman

– Setakat Penilaian Menengah Rendah

# 2012

– Lumpuh separuh badan selepas demam panas

2015

– Belajar buat kuih bulan daripada rakan dari Beijing, China

– Hasil kuih bulan pertama untuk kakak yang mengidam

– Mula terima tempahan daripada orang ramai

– Beroperasi dari rumah keluarga

2017

– Buka kilang Victory Yaya – hasilkan kuih bulan halal

– Hasilkan 30 perisa kuih bulan

2018

– Miliki 30 pekerja termasuk tiga 0KU

– Hasilkan 2,000 kuih bulan sehari

– Rancang buka 2 lokasi francais kuih bulan

– Pasaran tempatan dan antarabangsa

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  

Sumber : BH

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Isu Ramp4s Suami Rakan..” Kenali Siapa Sebenarnya Yaya Gadis 0KU Yang Vir4l Sejak Semalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*