Fezrul Khan ber4ng PM main harga saat akhir, bagi ‘job’ pada kroni – “Aku dah 20 tahun tak pernah ada masalah macam ini”

PELAKON Fezrul Khan ber4ng dengan sikap seorang pengurus produksi atau production manager (PM) yang mengubah perjanjian awal melibatkan bayarannya pada saat-saat akhir.

Lebih menimbulkan kemarahan Fezrul, 38, apabila permintaannya menerima sindiiran daripada individu tersebut.

“Kalau dah tahu penerbit kau tu bang4ng, kenapa kau lock aku dari awal kau setuju dengan harga aku. Aku dah 20 tahun tak pernah ada masalah macam ini.

Fezrul meluahkan perasaan di Instagramnya.

“Tiba-tiba saat akhir kau boleh pula main harga dengan aku. Aku cakap bayaran aku bukan mahal mana sebab itu aku suruh kau sound penerbit simpan duit tu bawa pergi haji.

“Kau sound aku bagi pihak penerbit, kau cakap kau dah pergi haji dulu daripada aku siap bawa keluarga 17 orang. Nampak sangat la kau nak next job dengan penerbit kau,” katanya.

Fezrul meluahkan perasaannya dan memuat naik paparan skrin perbualan dengan pengurus produksi itu di laman Instagramnya.

 

Aku cakap bayaran aku bukan mahal mana sebab aku itu aku suruh kau sound penerbit simpan duit tu bawa pergi haji.

FEZRUL KHAN

PELAKON

Sebelum ini, pelakon Didie Alias melalui situasi yang sama apabila namanya digugurkan daripada membintangi sebuah drama televisyen pada saat-saat akhir.

Menurut Didie, pihak produksi yang membuat tawaran itu memberikan alasan bajet untuk drama berkenaan tidak mencukupi.

Dalam pada itu, pemilik nama Fezrul Khan Junaidi ini memberitahu dia tidak akan menerima tawaran tersebut jika diberikan bayaran yang sangat rendah.

Fezrul turut mempersoalkan kredibiliti individu tersebut yang dipercayai memberi keutamaan kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Fezrul mempersoalkan kredibiliti PM berkenaan urusan tawaran lakonan drama yang diterimanya.

“Kalau kau buka harga itu dari awal, aku tak hadap job kau tu. Masalahnya kau main harga last minute. Dah kau tahu penerbit kau tu bang4ng janganlah sound aku suka hati kau.

“Ke sebab kau nak masukkan bakat-bakat baharu kau. Sebab apa yang aku dengar selama ini kau dengan kroni kau.

“Sekarang salahkan penerbit pula. Kami tahu penerbit kau memang sejenis method. Pembantu peribadi tak boleh makan kat set, tak ada sediakan bilik tapi sembang dia wow hebatnya,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

jgn pandang kami rendah 🤜🙌🤝 #thekingfish #haruantasek kami kecil tp kami ramai 🙌🤝

A post shared by Fezrul Khan Junaidi ™️ (@fezrulkhan) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Mstar via apple Hijau

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Fezrul Khan ber4ng PM main harga saat akhir, bagi ‘job’ pada kroni – “Aku dah 20 tahun tak pernah ada masalah macam ini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*