“Kalau Tak Berlakon Kerja Dia Gerai Char Kuey Teow Je” -Hafeez Adam Diperlekeh Netizen, Ini Jawapannya… |

Pelakon Hafreez Adam mended4hkan bahawa terdapat individu yang memperlekeehkan dirinya yang menjalankan bisnes kecil-kecilan dengan membuka gerai makanan. char kuey teow.

Perkara itu dikongsikan Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 30, menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Hafreez memaparkan paparan perbualan menerusi direct message (DM) di Instagram yang dikirimkan kepadanya.

Mesej tersebut kedengaran seolah-olah memandang rend4h dengan usaha Hafreez untuk mencari pendapatan dengan membuka gerai.

“Kalau tak berlakon kerja dia gerai char kuey teow je. Susah lah..pergilah belajar degree, sekurang-kurangnya ada ilmu pengetahuan.

“Muda-muda mesti belajar, jangan buang masa,” tulis individu berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

So basically, someone sent me this, this morning. Abe cuma nak pesan dekat anak-anak muda yang lain. Jangan give up and jangan malu dalam mencari rezeki. As long as kauorang tahu niat kauorang. Kerja untuk family dan masa depan kauorang, bukan untuk dibanding kan dengan rezeki orang lain. Rezeki masing-masing. Yang bernasib baik, Alhamdullilah. Yang kurang bernasib baik, jangan mengalah dan ratap sahaja. You gotta work harder. Ingat, bersusah-susah dahulu. Bersenang-senang kemudian. Semoga Allah murahkan rezeki semua yang membaca ni. Yang bener dong, Abe Char Kuey Teow mu 😁

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam) on

Bagaimanapun, Hafreez kemudian menjelaskan bahawa dia tidak pernah m4lu untuk dilihat sebagai seorang peniaga gerai.

Katanya, sekurang-kurangnya dia berusaha untuk mencari rezeki halal bagi membantu keluarga.

“Je? tetapi saya pandang dari sudut positif. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

“Sekurang-kurangnya Allah bagi jalan untuk saya tolong keluarga juga. Muda-muda ni lah kena kerja keras juga. Nanti jemput datang ke gerai saya ye Datin. Saya belanja char kuey teow,” balas pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu.

Pada masa sama, Hafreez turut menasihati anak muda agar tidak pernah berasa malu dengan sebarang pekerjaan halal yang dilakukan. 

“Abe cuma nak pesan dekat anak-anak muda yang lain. Jangan putus asa dan jangan malu dalam mencari rezeki selagi korang tahu niat korang.

“Kerja untuk keluarga dan masa depan korang, bukan untuk dibandingkan dengan rezeki orang lain. Rezeki masing-masing,” luahnya.

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan Hafreez.

“Betul tu.. Jangan pernah malu dan putus ada nak cari rezeki untuk keluarga.

“Dia tak tahu orang berniaga ni lagu mahsyuk,” tulis sebahagian netizen.

Selain berlakon, Hafreez juga berniaga char kuey teow dengan membuka gerai di Enjoy’s Corner, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

 

Sumber:Gempak

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kalau Tak Berlakon Kerja Dia Gerai Char Kuey Teow Je” -Hafeez Adam Diperlekeh Netizen, Ini Jawapannya… |"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*