Hidup Kini Berubah, Puteri Balqis Akui Terpaksa Ikat Pervt

Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita mengenai pelakon cilik hebat, Puteri Balqis yang dahulunya sering menghiasi kaca TV. Selepas dikhabarkan menghidap peny@kit kron1k, pelakon itu terus menyepi daripada dunia hiburan tanah air.

Baru-baru ini, Balqis muncul di dalam iklan rancangan Bersamamu yang bakal ditayangkan 12 Januari ini. Ternyata ianya sangat mengejutkan orang ramai yang melihat perubahan hidup kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

Menerusi rancangan itu, Balqis tampil berkongsikan kesukaran hidupnya dimana pada mulanya indah sehingga berubah secara drastik. Balqis berkata perubahan hidup itu cukup indah kerana Tuhan tidak mahu mereka lupa diri.

Lebih terkilan apabila Balqis mengakui bahawa sering terputus makan selama dua atau tiga hari.

“Perubahan secara tiba-tiba ini indah sebenarnya, Tuhan tak mau kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat pervt,” jelasnya.

Ibunya, Norashikin Mohamad Aziz juga turut meluahkan isi hati berkaitan tahap kesihatan anaknya itu. Ujarnya, orang melihat keadaan anaknya dalam keadaan baik tetapi tidak tahu apa yang Balqis lalui.

“Orang tak nampak benda tu, yang orang nampak puteri sudah ok. Tengok dia berlakon dan fikir dia sudah okay,” luahnya.

Perkara itu mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib pelakon itu. Malah, ada netizen tertanya-tanya sama ada tiadakah bantuan daripada pihak berkenaan seperti persatuan Seniman.  Dalam pada itu, netizen turut mendoakan agar Balqis cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Hasil pemerhatian di laman Instagram Puteri Balqis, pelakon itu bersama ibunya sedang mempromosikan buku hasil titipan kisah hidupnya berjudul “30 Poems of Puteri Balqis”. Pada mereka yang berminat boleh dapatkannya dalam masa sama membantu pelakon berbakat ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ROTIKAYA

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Hidup Kini Berubah, Puteri Balqis Akui Terpaksa Ikat Pervt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*