Aksi Budak Kutip S4mpah “Sekolahkan” pemandu Tular

Aksi spontan seorang budak lelaki mengutip semula s4mp4h dibvang oleh seorang lelaki dari tingkap keretanya mencvri perhatian netizen.

Kanak-kanak bernama Sun Jiarui berusia setahun sedang berjalan di bandar Jining di Wilayah Timur China bersama ahli keluarganya sebelum melihat aksi pemandu kereta itu mencampakkan sebotol air minuman keluar dari kenderaan.

Kemungkinan Jiarui memikirkan pemandu itu tanpa sengaja membuang botol air tersebut dan cuba membantu dengan memulangkan semula botol kepada pemandu berkenaan, kata ibunya, Jing Lulu, 34, kepada Daily Mail.

Bagaimanapun kata Lulu, aksi spontan anaknya itu pasti menyedarkan kita bahawa perlu memelihara alam sekitar dan tidak boleh membuang sampah sesuka hati.

“Saya memang gemar merakam video setiap kali keluar bersama anak tetapi saya tidak sangka berjaya merakam momen yang begitu indah selain memberi pengajaran berguna untuk diri saya dan orang lain.

“Ketika anak saya pulangkan semula botol minuman itu, lelaki itu tiada reaksi dan terus menutup semula tingkapnya,” katanya.

Sementara itu, perkongsian video dimuat naik di platform Tik Tok Douyin tular di laman sosial.

Netizen berkata, “Budak itu sungguh comel dan pasti pemandu itu malu dengan tindakannya.”

 

Sumber:Sinar

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Aksi Budak Kutip S4mpah “Sekolahkan” pemandu Tular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*