Lelaki ini cari sahabat yang ‘hilang’, sukar dicari kerana hanya tahu namanya, tak pernah jumpa! – Viral | mStar

LIMA tahun berkawan tapi tidak pernah bersua muka, namun ia tidak mem4t4hkan semangat pemuda ini untuk terus bersahabat dengan rakan yang dikenalinya hanya dalam talian (online) tetapi telah terpvtvs hubungan. 

Pelayar Twitter ini masih mengharapkan khabar berita daripada rakannya itu meskipun sudah hampir tiga bulan mereka tidak berkomunikasi. 

Begitulah kisah Emir Haqim Azahari yang postingnya mengenai seorang individu dianggap rakan karibnya tetapi tiba-tiba ‘hilang dari radar’ menjadi tular.

Sehingga kini, posting itu menerima lebih dari 1,000 ulang kicau dan 1,900 tanda suka di Twitter. 

Rata-rata netizen mendoakan Emir Haqiem supaya berjaya bertemu semula rakan online berusia 18 tahun itu yang dikenali sebagai Omaer Malek. 

Perkongsian Emir mengenai hubungan persahabatan yang terputus hampir tiga bulan tular di laman sosial.

“Semoga Emir terus kuat, saya pun pernah macam ni, tapi dia menghilangkan diri hampir setahun. Lepas setahun tu, dia cari balik dan dia cerita semua apa yang jadi. Kalau Allah dah takdirkan dia kawan kita sampai masa, InshaAllah dia akan datang atau Emir akan jumpa balik. 

“Sweetnya Emir bila berkawan dengan orang. 

“Harap Emir berjaya jumpa dia,” komen beberapa netizen. 

Berkongsi kisah itu dengan mStar, Emir Haqiem atau lebih mesra disapa Emir memberitahu bahawa dia mengenali Omaer sejak 2015 di aplikasi WeChat. 

Menurut Emir, dia langsung tidak pernah bersua muka dengan Omaer sepanjang perkenalan mereka, malah tidak tahu wajah atau keadaan fizikalnya. 

Emir tidak pernah bersua muka dengan Omaer tetapi tetap menganggap pemuda itu sebagai rakan karib.

“Saya kenal dengan dia lima tahun lalu, masa tu zaman WeChat, tapi kami start rapat masa awal tahun lepas.  

“Sejujurnya, saya memang tak pernah tengok muka dia. Apatah lagi jumpa dia. Tapi yang saya tahu saya anggap dia salah seorang sahabat karib saya. Mungkin kami tak selalu berkomunikasi, tapi dia sentiasa cuba ada untuk saya. Sama juga dengan saya,” katanya.  

Emir berkata dia sedar mungkin ada yang berasa pelik bagaimana dia boleh percayakan seseorang yang tidak pernah dikenali dan menganggapnya sebagai sahabat, tetapi itu bukanlah menjadi masalah buat dirinya berkawan.

Sebaliknya, Emir menjelaskan bahawa dia tidak menetapkan sebarang syarat untuk berkawan kerana baginya persahabatan tidak perlu berlandaskan paras rupa.

“Walaupun saya tak tahu figure dia macam mana kat luar, rupa dia, tapi saya tak kisah. Sebab bagi saya, nak berkawan tu tak ada syarat. Lagipun saya tak berkawan dengan orang sebab rupa paras mereka sahaja. 

Dalam pada itu, Emir berkata hubungan mereka terputus selepas sama-sama selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

 Mengimbas mengenai hubungan mereka, Emir mengakui kesibukan Omaer menjalani kehidupan sebagai pelajar asrama menyebabkan mereka agak sukar berkomunikasi dengan ker

ap.Emir berkata kebiasaannya mereka akan berbual tentang masalah dan kehidupan masing-masing tetapi jarang sekali dapat berkongsi tentang aktiviti harian kerana Omaer tinggal di asrama.

“Dia pelajar asrama jadi saya kena tunggu dia balik rumah ataupun cuti, barulah kami akan berborak. And kalau berborak tu memang lamalah.

“Selepas habis SPM (November), dia cakap nak contact saya, tapi sampai sekarang WhatsApp satu tick sahaja,” katanya.

Remaja kelahiran Kuala Lumpur ini turut berkongsi bahawa dia tidak dapat mengesahkan identiti rakan karibnya itu benar atau tidak kerana gagal menemukan apa-apa maklumat mengenai dirinya di media sosial.

Jelas Emir, dia hanya tahu Omaer menetap di Tanjung Malim, Perak dan bersekolah asrama di Johor selain mempunyai seorang adik bernama Syakir dan bersekolah asrama di Melaka.

Emir tidak dapat membuktikan identiti Omaer benar atau tidak kerana gagal menemukan maklumat tentang dirinya di media sosial.

Emir berkata, dia juga telah cuba mencari maklumat mengenai Syakir tetapi gagal menjejakinya.

“Dia (Omaer) cakap, dia tak ada apa-apa media sosial macam Facebook, Instagram dan sebagainya tapi saya pernahlah browse nama dia kat media sosial, dan saya tak jumpa. Jadi, saya tak dapat nak buktikan identiti dia tu sah ke tak. 

“Sebelum ni, dia ada juga cerita pasal adik dia, Syakir, tapi saya tak dapat cari juga any media sosial account adik dia. So, saya tak tahu cara apa lagi nak cari dia,” tambahnya.

Emir berkata, walaupun Omaer tidak pernah membantunya, dia terpanggil untuk membuat posting mengenai dirinya selepas membaca semua mesej perbualan mereka berdua sejak 2015.

 

Sumber:Mstar

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Lelaki ini cari sahabat yang ‘hilang’, sukar dicari kerana hanya tahu namanya, tak pernah jumpa! – Viral | mStar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*