Patutlah Sumayyah Comel Sangat, Rupanya Saling Tak Tumpah Macam Puteri Sarah Masa Kecil

Puteri Sarah Liyana telah selamat melahirkan anak kedua pada 16 Mac yang lalu. Puteri comel itu telah diberi nama sebagai Sumayyah Mohd Shamsul. Adik kepada Syaikhul Islam Mohd Shamsul kini sudah pun berusia 3 bulan.

Melihat foto-foto yang telah dikongsi oleh pelakon yang pernah membintangi drama Dunia Anita ini dalam media sosialnya baby Sumayyah seperti mengikut wajah ayahnya pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

Tapi bila Puteri Sarah berkongsi gambarnya ketika kecil, memang Sumayyah saling tak tumpah seperti ibunya. Kongsi Puteri Sarah, “Mama VS Sumayyah. Sama tak muka mama dengan Sumayyah?” tanya Puteri Sarah.

Dalam keterujaan mendapat anak kedua, Puteri Sarah tidak pernah mengabaikan anak sulungnya, Syaikhul Islam. Wanita ini berpegang kepada nasihat yang telah diberikan kepada ibunya sebaik mendapat anak kedua.

“Ada satu perkara nasihat dari ibu yang Sarah pegang sehingga kini iaitu memberi perhatian kepada Syaikhul berbanding Sumayyah. Bukan apa, Syaikhul sedang melalui fasa membesar dan memerlukan lebih perhatian berbanding Sumayyah yang masih bayi lagi.

Syaikhul perlukan bimbingan dan perhatian supaya dia tidak rasa disisihkan. Sarah tak mahu dia rasa terabai hanya kerana kami sudah mempunyai Sumayyah,” kongsi Puteri Sarah yang beruntung kerana tidak mengalami fasa ‘m4buk’ yang melampau ketika mengandung.

Bercerita tentang perkembangannya terkini, cerita Puteri Sarah, “Alhamdulillah, jenama Mattness by Shara telah memasuki pasaran di 55 buah stor Aeon. Saya tidak mahu berhenti di situ sahaja dan mahu menerobos pasaran di Guardian pula,” tutur Puteri Sarah.

Dengan status sebagai selebriti dan memiliki wajah yang cantik telah menjadi pakej lengkap buat wanita ini menjalankan bisnes yang berasaskan kecantikan, benarkah begitu?

“Sebenarnya saya dah lama nak buat produk kosmetik ini tetapi sekarang baharu dapat direalisasikan. Mungkin rezeki anak.

Apa yang lebih membanggakan apabila perjalanan Mattness by Shara ini tak ada bantuan suami dan 100 peratus atas usaha saya sendiri daripada segi modal dan operasi. Memang saya nak buktikan saya boleh buat sendiri.

Suami pula telah memberi keizinan kepada saya untuk bergerak bebas untuk melakukan apa sahaja. Tapi suami selalu berpesan agar pandai jaga diri dan menjaga nama baik suami. Biasanya saya akan bawa mama sebagai peneman,” terang Puteri Sarah yang telah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Kredit foto: Instagram @puterisarahliyana

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Nona via apple Hijau

 

 

Apa Kata Anda?

1 Comment on "Patutlah Sumayyah Comel Sangat, Rupanya Saling Tak Tumpah Macam Puteri Sarah Masa Kecil"

  1. Comey sgt muka daddy dia pon ada jgk sumayyah ni..💖💖

Leave a Reply to Hazilati Cancel reply

Your email address will not be published.


*