Gara-gara ‘Cikma burvk’, budak 5 tahun dapat balasan ‘cash’ – “Dia ej3k orang tak apa, tapi orang ej3k tak boleh”

“TERUS dapat balasan cash (tunai)”.

Demikian komen netizen terhadap perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang gadis mengenai gelagat anak saudara lelakinya baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang terh4ntuk pada cermin sisi (side mirror) kereta di bahagian kepalanya, sejurus selepas meny4kat gadis tersebut yang merupakan ibu saudaranya.

 Menerusi video berdurasi 12 saat itu, kedengaran suara kanak-kanak lelaki tersebut menggel4r ibu saudaranya dengan panggilan ‘Cikma Bvruk’ sebelum kepalanya terhantuk pada cermin sisi kereta.

Sehingga kini, video tersebut meraih sehingga 12,100 retweet dan ditonton sebanyak 131,900 kali selain dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gel4gat budak lelaki berkenaan.

Video yang dimuat naik oleh Isma memaparkan gel4gat anak saudaranya yang terh4ntuk pada cermin sisi kereta, menjadi tul4r.

Ketika dihubungi mStar, ibu saudara budak itu, Isma Nazihah  berkata, anak saudaranya, Muhammad Raiyan Danish Rashidi, 5, memang gemar menyakatnya dan adik beradiknya yang lain.

“Ketika itu saya mengikut kakak menghantar Raiyan ke taska. Memang saya selalu rakam gel4gatnya, dan pagi itu saya saja record sebab nak ucap selamat tinggal. Tak sangka dia balas ‘Bye Cikma bvruk’.

“Memang selalu selepas ej3k orang, dia akan pandang semula ke belakang, sebab itu agaknya dia terlanggar cermin sisi kereta. Kakak saya yang juga ibunya kemudian menegurnya kerana jalan tak tengok depan.

“Tak sangka pula video itu viral. Siap ramai komen itulah balasan cash dari Tuhan. Terhibur bila baca komen-komen netizen,” ujar gadis berusia 20 tahun ini.

Tubuh badan Raiyan yang montel sewaktu berusia lingkungan dua tahun dan sering dijadikan bahan us1kan ibu saudaranya.

Bercerita mengenai anak saudaranya itu, Isma berkata di sebalik gelagatnya yang gemar meny4kat orang, Raiyan juga mudah merajuk dan marah apabila tiba giliran dirinya disakat.

“Contohnya, apabila kita sak4t dia untuk tukar siaran televisyen yang ditontonnya, dia akan mer4juk. Pernah juga cuba sakat dia dengan beri makanan dalam kuantiti yang sedikit, terus dia menangis.

“Kalau ejeek dia gemuk pendek, lagilah dia m4rah. Sewaktu dia kecil-kecil dahulu, memang fizikalnya montel sedikit. Melekat usikan itu hingga sekarang. Senang cerita, dia ej3k orang tak apa, tapi kalau orang ejeek dia tak boleh. Dia tak boleh orang mainkan perasaannya.

 

Memang saya selalu rakam gelagatnya, dan pagi itu saya saja record sebab nak ucap selamat tinggal. Tak sangka dia balas ‘Bye Cikma bvruk’.

ISMA NAZIHA

IBU SAUDARA

“Baru-baru ini kakak throwback gambar-gambar lama dan paparkan di televisyen. Bila kami kata budak yang montel itu Raiyan, dia m4ti-m4ti tak percaya. Lepas itu dia m4arah dan mer4juk. Setiap kali tunjuk, setiap kali itu dia m4rah,” ujar Isma sambil ketawa kecil.

Menurut Isma, ketika ini dia banyak meluangkan masa bersama Raiyan dan anak buahnya yang lain kerana tinggal bersama kakaknya sementara menunggu keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Raiyan yang merupakan anak kedua bergambar bersama ibu bapa dan adik beradiknya. 

“Kadang-kadang saya tolong hantarkan Raiyan ke taska kerana kakak bekerja pagi. Dalam masa yang sama, saya tolong jaga dua lagi anak saudara yang berumur empat dan satu tahun setengah. Jadi memang selalu banyak masa bersama mereka, itu yang kuat meny4kat.

“Bila saya beritahu video dia viral, dia tanya macam mana boleh ada dekat situ. Kalau dia meny4kat, saya ugvt nak viralkan video dia, barulah dia berhenti dan minta jangan sebarkan video dan gambarnya,” ujar Isma mengakhiri bicara. 

 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Gara-gara ‘Cikma burvk’, budak 5 tahun dapat balasan ‘cash’ – “Dia ej3k orang tak apa, tapi orang ej3k tak boleh”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*