Haziq beribadah sambil berbulan madu

KUALA LUMPUR: Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, menyifatkan pemergian ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bersama isteri, Ayunda Putri Mekarsari, penghujung Disember lalu, sebagai kunjungan ibadat sambil berbulan madu.

Haziq yang juga pengacara Muzik-Muzik berkata, pengalaman dua minggu berada di Makkah dan Madinah turut mengingatkan dirinya kepada situasi ketika mereka mula bercinta.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bukan tak pernah gaduh Pernah je. Just perempuan ni kalau dah start gaduh dia akan ungkit salah kita yg zaman sebelum masihi dulu sampai salah 10 saat lepas. Keluar semua cite pompuan tu pompuan ni, yg takde kena mengena dgan aku pun ada 🤣 Dari kecik benda tu akan jadi besar. Kadang-kadang gaduh pasal benda kecik je. Pasal lama dalam bilik air pun boleh jadi hal. Ingat kita buat apa dalam toilet lama2??? Neran nak berak je pun! Sebenarnya dorang bukan nak gaduh nak marah2 nak bising2 sangat tapi dorang nak perhatian. Siapa lg nak bg perhatian kat isteri kalau bukan suami kan? Tu yg duk ada je benda tak kena. Walau dah bg 100% perhatian dorang nak 200%.. Sebab perempuan ni manja. Macam mana keras pun depa. Mesti ada manja dia. Caya laaaa. Cuma kita laki ni kena sabar. Kalau dia marah, kita jangan marah sekali. Mmg tak jadi apa. Kebetulan, masa pegi Baitullah, depan kaabah, aura dia, Masha Allah, lain macam. Kami buat tawaf sama-sama. Pegi mana semua sama-sama. Rasa mcm jatuh cinta pandang kedua. Mungkin ini petanda anak ketiga??? 🤣 #HaziqPutri

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

“Apabila sudah mempunyai dua cahaya mata, waktu untuk kami luangkan bersama-sama semakin berkurangan. Sebaliknya, masing-masing banyak menghabiskan masa dengan anak.

“Ketika berada di Makkah, baru saya dapat rasakan kami seperti kembali kepada zaman mula-mula bercinta dahulu. Rasa seperti kami sedang berbulan madu.

“Di sana, kami banyak menghabiskan waktu di masjid, dapat duduk di sebelah isteri dan melakukan tawaf bersama-sama sambil berpegangan tangan, mengikut apa yang pernah dipesan seorang ustaz. Apabila berbuat begitu, kita akan rasa lebih ikhlas dan lebih sayangkan pasangan,” katanya kepada BH Online.

Ditanya mengenai doa yang dipanjatkan ketika berada di Tanah Suci, Haziq berkata, dia sentiasa memohon agar diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

“Selain itu, saya turut berdoa supaya anak sulung kami, Muhammad Heidy Nufael, dapat bertutur dengan segera. Jujurnya, kami agak risau apabila dia belum boleh bertutur seperti kanak-kanak sebaya yang lain walaupun usianya hampir tiga tahun.

“Doktor memaklumkan, ia perkara normal. Cuma, kami risau juga kerana dia masih pelat dan agak sukar untuk memahami apa yang ingin diperkatakannya,” katanya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, di sini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Subuh terakhir dkt Madinah 😢 Masjid paling cantik. Design cantik. Khemah cantik. Carpet cantik. Pemandangan cantik. Orang sebelah cantik ❤️ #HaziqPutri

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on

Pada majlis itu, Haziq diumumkan sebagai pengacara malam kemuncak acara anugerah berprestij terbabit, bergandingan dengan Sherry Alhadad dan Awal Ashaari.

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Haziq beribadah sambil berbulan madu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*