Kasihannya pelajar perub4tan kita di Mesir

SEORANG lelaki merayu orang ramai membantu anak perempuannya mengumpulkan dana sebanyak RM 9,000 bagi membayar kos yuran pengajian di luar negara yang tertunggak.

Mohd Ashar Misran, 56, berkata, anaknya, Nur Mardhiah Mohd Ashar, 29, sedang berada di tahun akhir jurusan perub4tan Universiti Mansoura, Mesir.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kuala Langat mend4kwa berdepan kesemp1tan hidup berikutan hilang penglihatan selain mengid4p s4kit kr0nik.

“Akibatnya saya tidak mampu melangsaikan yuran pengajian anak. Saya sekeluarga sudah berusaha mengumpulkan dana dengan menjual harta sedia ada, namun ia masih tidak mencukupi.

“Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM5,000 dua bulan lalu, namun jumlah itu masih tidak mencukupi,” katanya.

Dia berkata, sekiranya Nur Mardhiah gagal menjelaskan yuran pengajian, kemungkinan anaknya itu tidak dapat menamatkan pengajian pada Februari depan.

Mohd Ashar berkata, kos keseluruhan yuran pengajian diperlukan Nur Madhiah sepanjang menuntut di universiti itu berjumlah RM54,000 dan anaknya itu memerlukan baki RM9,000 lagi.

“Sebelum ini, saya ada mohon sumbangan orang ramai membantu anak dan sehingga kini, jumlahnya masih tidak mencukupi.

“Saya amat berbesar hati sekiranya ada pihak atau individu sudi membantu melangsaikan yuran pengajian anak saya yang tertunggak,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun Maybank 162058890202 atas Nur Mardhiah Mohd Ashar atau menghubungi Mohd Ashar di talian 019-3411741

Terdahulu, tular di Facebook berhubung hasrat Nur Mardhiah yang memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pengajiannya di universiti itu.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Kasihannya pelajar perub4tan kita di Mesir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*