Impian Shima hasil album musnah gara-gara dit1pu

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, 51, mend4kwa impiannya untuk menghasilkan album mini musnah apabila dit1pu pasangan suami isteri dari Singapura, tahun lalu.

Shima mend4kwa, pasangan terbabit menghubungi dirinya kerana mahu membantu merealisasikan hasrat untuk muncul dengan lagu terbaru.

“Sebagai penyanyi, siapa tidak gembira apabila ada individu sudi mengeluarkan bajet untuk album mini yang memuatkan lima lagu? Saya pula sudah lama menyimpan keinginan mahu merakamkan lagu terbaru.

“Kali akhir saya merakamkan album adalah kira-kira 15 tahun lalu, menerusi Ke Pangkuanmu. Mal4ngnya, ia hanya satu pembohongan,” katanya sambil memaklumkan tidak pernah bertemu pasangan terbabit, sebaliknya hanya berbual menerusi telefon.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman berkata, pasangan itu juga bertindak menghubungi Fauzi Marzuki, kononnya mahu menggunakan khidmat komposer terkenal berkenaan selaku penerbit album.

“Namun, semua janji mereka hanya palsu apabila Fauzi juga dit1pu.

“Awalnya, saya masih mempercayai janji manis yang ditaburkan, tetapi saya dihubungi oleh beberapa anggota kumpulan rock popular yang juga pernah dit1pu,” katanya.

Kata Shima, mereka melihat gambarnya terpampang di laman web syarikat pasangan suami isteri itu. Kononnya, sesiapa yang mahu menawarkan persembahan untuknya di Singapura boleh berbuat demikian menerusi mereka.

“Bila masa pula saya melantik mereka sebagai wakil di Singapura? Saya tidak tahu menahu soal ini,” katanya.

Penyanyi lagu Teringin itu berkata, anggota kumpulan rock berkenaan memaklumkan kepadanya mengenai modus operandi pasangan suami isteri terbabit.

“Rupa-rupanya, sudah ramai penyanyi yang menjadi mangsa pen1puan mereka. Alamat pejabat mereka di Kuala Lumpur pun tidak pernah wujud.

“Saya mended4hkan perkara ini kerana tidak mahu ada penyanyi lain yang terpedaya. Saya sudah berangan mahu memiliki lagu baharu, tahun ini, tetapi nampaknya tiada rezeki.

“Jika diizinkan Tuhan, saya memang mahu muncul dengan lagu terkini, sebelum menutup mata,” katanya.

 

Sumber : BH Online

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Impian Shima hasil album musnah gara-gara dit1pu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*