“Baru Berusia 3 Bulan,” Comelnya Anak Datuk Jamal Abdillah Dan Datin Zai Izzati

Baru berusia tiga bulan tapi kecomelan anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah ini jelas terserlah. Berkulit putih kemerahan dan bermata bundar, permata hati Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati Khairuddin ini bikin peminat terpaku dengan wajah Nur Azura Yamani. Pantang sahaja diagah… anak kecil ini pasti tertawa manis. Alahai, cair tengok!

Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izatti sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat.

Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu… isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan r4w4tan pakar bagi menguatkan rahim.

Syukurlah kerana kehadiran Nur Azura Yamani ini menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah.

Hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata comel, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!

Bercerita tentang suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang sedang meniti usia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja toleh beberapa kali.

Walau sudah bergelar ibu, Datin Zai Izatti tetap mementingkan kecantikan diri dan memastikan penampilannya dari hujung rambut ke hujung kaki tetap terjaga. Untung Datuk Jamal!

Ini merupakan perkahwinan keempat Datuk Jamal Abdillah selepas pernah mendirikan rumah tangga dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad. Walau jarak usia 35 tahun dengan Datin Zai namun ia bukan halangan buat kedua-duanya melayari perkahwinan bahagia sama seperti suami isteri lain.

Semoga Nur Azura Yamani membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Mesti Datuk Jamal teruja dengan kelahiran Nur Azura kerana ia adalah kali pertama beliau menimang cahaya mata perempuan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : videoviral/rosemerah

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Baru Berusia 3 Bulan,” Comelnya Anak Datuk Jamal Abdillah Dan Datin Zai Izzati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*