Jual kuetiau goreng, Hafreez kena s1ndir

KUALA LUMPUR: Niat mencari pendapatan tambahan, tapi disindir pula.

Itulah yang dihadapi pelakon Hafreez Adam apabila usahanya membuka gerai menjual kuetiau goreng di Desa Melawati, dekat sini, kira-kira dua bulan lalu, disindir netizen.

Berkongsi kisah itu, Hafreez mendakwa inisiatif mencari pendapatan sampingan dengan berniaga, diperlekehkan individu yang melayangkan kata-kata ‘pedas’ kepadanya, baru-baru ini.

Antara lain, individu terbabit secara s1nis mend4kwa perlunya seseorang memiliki kelayakan akademik yang tinggi agar hidup tidak sukar di kemudian hari.

Hafreez mengaku tidak terkesan dengan komen dilayangkan malah tidak m4lu menjual kuetiau goreng untuk mencari rezeki.

“Saya hanya hendak berpesan kepada anak muda, usah sesekali berputus asa dan m4lu mencari rezeki. Selagi tahu niat diri, usah diendahkan apa yang orang kata.

“Rezeki masing-masing… Ada yang bekerja untuk kelangsungan keluarga dan diri sendiri. Ada yang bernasib baik, alhamdulillah.

“Apabila berlaku perkara di sebaliknya, usah mengalah dan mer4tap h1ba… Kena berusaha lagi,” katanya kepada BH Online.

Hafreez yang merangkul trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-29 menganggap, soal kelayakan akademik tinggi atau rendah, bukanlah perkiraan.

“Akhirnya, apa yang menjadi ukuran adalah usaha, kesungguhan dan pengalaman selain tuah,” katanya yang mengaku tidak belajar tinggi.

Tambah Hafreez, akur tidak tamat persekolahan, dia merancang membuka perniagaan sendiri sejak lama dahulu.

“Saya sudah ada syarikat sendiri… Hasil titik peluh. Biarlah bermula kecil-kecilan. Pernah berdepan masalah, tapi saya jadikan sebagai pengajaran.

“Saya cuba buktikan. Kalau niat, cara dan usaha kita betul, insya-Allah ada jalannya. Ada orang kvtuk, kononnya saya tiada ‘job’ dan menjual kuetiau goreng.

“Mereka tidak tahu saya sebenarnya sibuk di lokasi penggambaran. Saya bukan berkongsi semua perkara di laman sosial,” katanya yang merancang membuka cawangan kedua gerai kuetiau goreng di Shah Alam, tidak lama lagi.

 

Sumber : BH Online

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Jual kuetiau goreng, Hafreez kena s1ndir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*