“Nanti Boleh Jumpa Saya Di HospitaI Kerajaan” – Isteri Da’i Farhan Sambut Baik Cadangan Masyhurkan Perubatan Tradisional

Isteri kepada pendakwah sensasi Da’i Farhan, Dr. Erin menyambut baik cadangan Kementerian Kesihatan untuk mengembangkan lagi perubatan tradisional ke peringkat nasional secara menyeluruh.

Kata Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, pesakitnya akan berpeluang untuk bertemu dengannya di hospitaI kerajaan selepas ini sejajar dengan pelaksanaan tersebut.

“Akhirnya apa yang diperjuangka selama ini dengan izin-Nya, nanti bolehlah jumpa saya di hospitaI kerajaan ya.

“Selama ini sibuk sangat tak jumpa nama saya di KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Ramai sangat suruh buang gelaran doktor tu,” katanya menerusi entri di Instagram.

Tambahnya, individu yang berminat dengan perubatan tradisional dan alternatif sepatutnya mendalami ilmu terbabit dengan cara yang betul seperti program diploma dengan fakulti perubatan Islam yang diiktiraf.

“Ilmu perubatan ini luas sangat macam-macam kaedah. Semua ini kena belajar bukan boleh main tiipu-tiipu orang macam itu je.

“Ilmu dengan jiin, makhIuk halus pun kita akan ajar sebagai sebahagian silibus. Nak tahu syiirik ke tak, ilmu itu kena belajar.

“Malaysia kini melangkah membuka minda luar kotak. 2020 dah kena terima benda-benda yang tak logik sebab ilmu Allah ini memang tak tercapai dik logik manusia,” tambahnya.

KKM baru-baru ini berhasrat meluaskan amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) di lebih banyak hospitaI di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Dr Lee Boon Chye berkata, bidang perubatan tersebut semakin penting kerana kira-kira 30 peratus daripada kalangan rakyat di negara ini yang menggunakannya.

Sehingga kini, Malaysia mempunyai 15 hospital awam yang menyediakan amalan T&CM yang meliputi akupunktur dan ubat herba sebagai terapi adjunktif untuk k@nser.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gemoak

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Nanti Boleh Jumpa Saya Di HospitaI Kerajaan” – Isteri Da’i Farhan Sambut Baik Cadangan Masyhurkan Perubatan Tradisional"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*