“Lepas Kahwin Dia Baru Cerita Kat Saya…”- Saharul Ridzwan Buka Mulut Pasal Hajat Isteri

Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi cerita mengenai pengalamannya sewaktu detik awal dia mahu melamar Qaabila Deena Emir sebagai isterinya.

Saharul atau nama sebenarnya, Mohd. Saharul Ridzwan Hashim, 30, mendedahkan bahawa dia merupakan lelaki pertama yang muncul selepas isterinya itu memasang hajat sewaktu sambutan ulang tahun kelahirannya pada 2016.

“Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang saya menelefon dia tu, dia dengan kawan-kawan dia tengah menyambut ulang tahun kelahirannya.

“Kemudian, kawan-kawan baik dia suruh dia doa sesuatu sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, saya yang menelefon dia. Jodoh kan?,” ceritanya.

Perkara itu dikongsikan Saharul menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

12 Januari 2016 : Time tu pagi birthday dia, sy dengan nekadnya text dia nak wish bday, nervous sbb dah tak lama betul tak contact dia. Takut2 la dia block no sy kan. LEPAS sy wish “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus reply! 😆 . So saya terus call dia : “Awak dah kahwin?” “Belum” “Ada boyfriend?” “Tak ada” “Sy nak kahwin dengan awak” . Tapi ni lagi best. Lepas kahwin, dia baru cerita dekat saya, pada pagi yang sy call dia tu, dia dengan kawan2 dia, tengah celebrate, then kawan2 baik dia suruh dia doa something sebab birthday dia. Jadi doa dia adalah; “Ya Allah, tahun ni aku nak kahwin, temukanlah jodoh aku”. Lepas dia aminkan doa, sy yang call dia. Jodoh kan? 😌 . Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama2 usaha supaya kita sekeluarga sama2 jugak di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini di makbulkan juga pada hari kelahiran awak. ❤️ @deenaemir

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Saharul turut memberitahu, dia memang ada membuat panggilan kepada Deena pada tanggal 12 Januari 2016.

Panggilan itu merupakan detik pertama dia menyatakan hasratnya untuk menjadikan Deena sebagai isteri.

“Masa tu pagi birthday dia, saya dengan nekadnya mesej dia nak beri ucapan, gementar sebab dah lama betul tak hubungi dia.

“T4kut-t4kut la dia sekat nombor saya kan. Selepas saya ucap “Selamat Hari Lahir Deena”, dia terus balas! Jadi, saya terus hubungi dia,” katanya yang kemudian mengajak Deena menjadi teman hidupnya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka, lamarannya itu dibuat sejurus selepas Deena memasang hajat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun itu.

Perkongsian cerita Saharul itu merupakan dedikasi yang dibuat khas sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-32 yang diraikan semalam.

“Selamat Hari Lahir sayang. Terima kasih sudi hidup dengan saya di dunia. InShaaAllah, kita sama-sama usaha supaya kita sekeluarga sama-sama juga di akhirat nanti. Amin Ya Rabb. Semoga doa ini dimakbulkan juga pada hari kelahiran awak,” tulisnya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini menginjak usia tiga tahun.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Lepas Kahwin Dia Baru Cerita Kat Saya…”- Saharul Ridzwan Buka Mulut Pasal Hajat Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*