5,000 pengikut ‘unfollow’ Fizo

PELAKON Fizo Omar kehilangan lebih 5,000 pengikut di Instagram gara-gara menjayakan watak antag0nis, Ikram dalam drama, Adellea Sofea yang ditayangkan di slot Akasia, TV3.

Fizo berkata, penangan watak Ikram yang dilakonkan benar-benar memberi kesan terhadap jiwa penonton.

“Penangan Ikram, lebih 5,000 ‘unfollow’ saya di Instagram. Pengarah, Shahrulezad gelakkan saja.

“Kepada yang sudah ‘unfollow’ jangan emosi sangat. Nanti drama sudah habis, anda boleh ‘follow’ saya semula. Lagi dua hari saja, lepas itu saya bertaubat sudah.

“Saya juga sanggup berubah kalau dapat Sofea. Ini semua Abang Shahrulezad punya fasal. Terima kasih sebab sudah ‘menghidupkan’ Ikram sehingga menjadi j4hat dan mengasah bakat saya di lokasi,” katanya.

PAPARAN skrin perbualan Whatsapp antara Fizo dan Shahrulezad.

Perkara itu dided4hkan Fizo menerusi paparan skrin perbualan Whatsapp dengan pengarah drama itu.

Dalam perbualannya itu, Shahrulezad berkata, terdapat penonton yang m4rah sehingga mengaitkan dengan kisah peribadi Fizo.

Sementara itu, Shahrulezad menerusi Instagram pula berkata, kebanyakan pelakon memperoleh pengikut yang ramai selepas drama yang dibintangi mendapat sambutan, namun sebaliknya berlaku kepada Fizo.

“Nasib Fizo. Orang lain berlakon drama meletvp beribu-ribu pengikut, dia pula beribu peminat ‘unfollow’ sebab b3nci. Peminat pun alahai, emosi tak bertempat,” katanya.

Selain Fizo, drama terbabit turut dibintangi pelakon Mira Filzah, Ungku Ismail, Bella Dally dan Jasmine Suraya.

Drama Adellea Sofea bersiaran setiap hari Isnin sehingga Jumaat, jam 7 malam di TV3.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kalau dah jodoh tak kemana! . #ikfea #ikramsofea #tilljannah #happilyeverafter #adelleasofea . P/s : nak tak nak korang hadap je, dah memang sofea pilih ikram. Jahat mcm mane pun dia,kalau last2 dia jadi baik mcm mne? Ha! Drpd korang yg sibuk dok membawang psl sofea,fir n ikram tu… tup tup ikram dah bertaubat dan sofea pilih ikram.terlopong smua kan.korang tunggu lah episog akhir esok lusa ni. . Ok lah ik nak g beli black coffee utk sayang sofea jap.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : HM

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "5,000 pengikut ‘unfollow’ Fizo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*