“Kesiannya Kena Tanggung 3 Anak Tiri…” – Issey Kongsi Komen Netizen ‘Mulut Longkang’!

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Issey Fazlisham memberikan komen balas terhadap perl1an netizen mengenai dakwaan terpaksa menanggung tiga orang anak tirinya.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 33, juga turut memuat naik komen tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini.

“Kesiannya Issey kena tanggung tiga orang anak tiri” tulis individu tersebut dengan menggunakan emoji ketawa.

Issey kemudiannya membalas komen itu dengan menggunakan ayat paling manis dan kata-kata positif.

Menurut Issey, bapa kepada anak-anak tirinya itu men1ngg4l dun1a akibat kem4lang4n.

“Lagi gembira ada lah sis… Papa mereka ni men1ngg4l dun1a dalam kem4lang4n. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka.

“Doakan Issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ya? huhu. Ni komen dekat ig wife Issey. Biarlah orang nak kata apa @aimi_jamel. Janji awak tetap my Stephen Chow,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lagi happy ada lah sis.. Papa mereka ni meninggal dunia dalam kemalangan. Sekarang Allah amanahkan Issey untuk jaga mereka. Doakan issey jadi daddy yang terbaik untuk mereka ye? huhu. Ni komen dekat ig wife issey. Biarlah orang nak kata apa @aimi_jamel . Janji u tetap my Stephen Chow #isseyxaimi

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata menyokong coretan Issey termasuklah rakan selebriti seperti Fad Bocey, Izzue Islam, Nadzmi Adhwa, Anas Ridzuan, Feeya Iskandar, Uyaina Arshad dan Upiak.

Terdahulu, Issey sah bergelar suami kepada pengurus sumber manusia, Noor Aimi Mohamed Jamil, pada 22 Disember 2019.

Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan Imam Masjid Mukim Kampung Pauh Panji, Tengku Mahmood Tengku Ibrahim.

Sebelum ini, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun berpisah setahun kemudian dan tidak mempunyai cahaya mata.

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Kesiannya Kena Tanggung 3 Anak Tiri…” – Issey Kongsi Komen Netizen ‘Mulut Longkang’!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*