Puteri Balqis tarik diri ‘last minute’.. A. Aida Buka Mulut Kerana Terkeejut Dengan Situasi Ini..

PELAKON kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi, 13, menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem berjudul Tiada Galang Ganti terbitan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Norashikin Mohd Aziz kepada Pengurus Produksi syarikat itu pagi hari ini.

Penerbit, Datuk A Aida berkata, dia terkejut dengan keputusan itu kerana pihaknya akan memulakan penggambaran esok.

“Ikut jadual esok mereka akan menjalani penggambaran telefilem ini. Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir,” katanya.

Aida berkata, apabila Penolong Pengarah menghubungi kembali bagi mengetahui sebabnya, mesej itu tidak dibalas.

“Saya pun tidak tahu masalah sebenar mereka. Namun, inilah cabaran yang diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri di saat-saat akhir dan kita terpaksa mencari pengganti pula,” katanya.

Aida berkata, dia tidak akan berdendam atau marah dengan tindakan ibu Puteri Balqis kerana tawaran diberikan atas dasar ingin membantu.

“Saya okay dan tak jadi isu besar pun. Apa yang pasti, saya sudah cuba bantu mana yang terbaik. Apabila dia sendiri tarik diri pada saat akhir, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Puteri Balqis bakal terbabit dalam telefilem Tiada Galang Ganti terbitan Aida untuk tayangan slot Cerekarama di TV3.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : HM

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Puteri Balqis tarik diri ‘last minute’.. A. Aida Buka Mulut Kerana Terkeejut Dengan Situasi Ini.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*