“Saya Pernah Dengar Dulu Mer3mpat, Kenapa Sekarang Jadi Balik” – Erma Fatima Bimb4ng Nasib Puteri Balqis

Pelakon dan sutradara popular Erma Fatima mengakui tersentuh melihat nasib yang dialami oleh pelakon cilik Puteri Balqis.

Selaku individu yang pernah mengangkat bakat Balqis, Erma turut mempersoalkan nasib yang menimpa pelakon berbakat itu.

“Sebagai wanita bergelar ibu, tidak kiralah ibu bapa Balqis sudah berpisah, bagi saya, bukan begitu cara membesarkan anak.

“Saya tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada Balqis, apatah lagi membaca laporan mengenai kisah mal4ng hingga perlu menjual buku puisi demi kelangsungan hidup.

“Saya mahu soal lagi, bagaimana dengan pendapatan Balqis ketika dia aktif berlakon? Saya pernah dengar mereka hidup mer3mpat dahulu, tetapi dengan bakat Balqis, hidup mereka berubah.

“Tetapi mengapa terjadi lagi perkara sama sekarang,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Erma turut mempersoalkan masa depan Puteri Balqis termasuk persekolahannya.

“Dahulu Balqis belajar dari rumah dengan menggunakan khidmat guru persendirian. Sekarang apa sudah jadi? Bagaimana dengan masa depannya?” katanya.

Tul4r sejak awal minggu ini apabila Balqis mended4hkan diuji kesemp1tan hidup menerusi sebuah program televisyen tempatan.

Namun, pelakon itu berusaha mencari pendapatan sendiri dengan menulis buku puisi dan menjualnya di jalanan sambil ditemani ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Sumber: Berita Harian

 

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Pernah Dengar Dulu Mer3mpat, Kenapa Sekarang Jadi Balik” – Erma Fatima Bimb4ng Nasib Puteri Balqis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*