Walau Di Ambang 40 Tahun Tapi Kelihatan Seolah 20 an, Ramai Terpesona Melihat Azura Zainal

Terkejut bila dapat tahu personaliti cantiik ini rupa-rupanya bakal mencecah usia 40 tahun. Mana tidaknya, tengok bentuk fizikaI luaran Azura Zainal bukan saja mencerminkan dirinya yang masih muuda tetapi juga penuh energetic.

Sampaikan ada yang beranggapan isteri kepada jurulatih seni mempertahankan diri berasal dari Brazil… Ibrahim Cristiano Genuino Da Silva ini baru berumur lingkungan 20an. Awwet muuda betul!

Disifatkan seorang yang senang didekati, ramah, happy go lucky dan aktif… pengacara berbakat besar ini bagaimanapun tersenyum malu apabila dipuji kelihatan lebih muda daripada usia sebenar. Iyalah, umur dah hendak masuk 40 tahun tapi ‘tenaga’ Azura macam anak muda yang belum kahwin dan ada anak!

Bersyukur dengan kurniaan tersebut, Azura tanpa berselindung membuka bicara.

“Nak kata rahsia… bukanlah rahsia pun. Pada saya, saya suka senyum dan gelak.

Dalam masa sama, saya cuba untuk kekal aktif dengan pergi workout. Tapi sejak dah ada anak ni, agak susah jugalah. Apa yang mampu saya buat sekarang, saya jadikan anak tu sebagai ‘motivasi’ untuk terus aktif.

Anak saya dah masuk umur setahun sembilan bulan… so memang saya kena kejar sajalah dia the whole time. Sebab selalu jaga anak yang tengah aktif ni buatkan saya ada muscIe for that,” ujar Azura sambil menunjukkan otot di lengan.

“Pada pendapat saya juga nak kekal sihat dan bertenaga… kena cuba dapatkan tidur dan rehat yang cukup. Nak kata ambil makanan sihat, saya tak adalah terlalu menjaga makan. Tetap makan nasi lemak juga. Tapi bersederhana.

Jadi pada saya, amalan-amalan seperti inilah yang dapat beri keyakinan dan tenaga untuk kita… kaum wanita dan ibu aktif bukan saja di rumah tetapi juga ketika di luar.

Ditanya petua kecantiikan yang diamalkan sehingga ke hari ini, “Minum banyak air. Dulu saya memang jenis orang yang tak suka minum air.

Tapi bila dah meningkat usia dan mak selalu pesan kena banyak minum air… saya jadi akur. Sebab saya percaya ia sangat penting untuk keperluan tubuh. Selain dapatkan tidur yang cukup, minum banyak air.

Pernah bergelar hos X-Disney Channel, Azura turut melahirkan rasa syukur kerana selaku freelance… dia mempunyai masa yang fleksibel untuk keluarga dan kerja.

“Jadual saya tak terikat dengan mana-mana company. Bila ada kerja baru saya keluar. Untungnya saya juga adalah sebab saya ada adik-beradik yang ramai dan support system yang sangat kvat.

Dengan adanya sokongan daripada suami dan keluarga seperti ini, secara tak langsung ia juga bantu kita capai segala-galanya. Pendek kata, semua jadi mudah.

Pun begitu, kena ada list dan tahu apa yang rutin yang perlu kita buat tiap hari serta selesaikan,” tuturnya yang selamat melahirkan bayi lelaki comel diberi nama Zeydan Genuino lebih setahun lalu.

Kredit foto: Instagram Azura Zainal

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : sembangkenchangtoq via mediaohsem

 

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Walau Di Ambang 40 Tahun Tapi Kelihatan Seolah 20 an, Ramai Terpesona Melihat Azura Zainal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*