Bila “Wira” Masuk Dapur, Hairul Azreen Tunjuk Bakat Memasak

Pelakon yang banyak membintangi filem-filem aksi di Malaysia, Hairul Azreen baru-baru ini berkongsikan satu video dirinya memasak. Bila hero masuk dapur apa agaknya yang akan terjadi?

 

Pernah berlakon dalam filem aksi seperti Paskal, Wira dan lain-lain, bakat lakonan Hairul Azreen sememangnya tidak disangkal lagi. Kehebatannya beraksi lasak dalam filem-filem ini membuatkan dirinya dikagumi ramai.

Namun semalam Hairul Azreen tunjuk bakat memasak melalui video yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya. Dalam video berdurasi dua minit 13 saat itu kelihatan Hairul yang juga seorang bapa kepada dua orang anak bertanyakan menu untuk dimasak kepada salah seorang anaknya itu.

Hairul Azreen tunjuk bakat memasak

Hairul kemudiannya masuk ke dapur dan memberitahu bahan-bahan yang digunakan untuk memasak nasi goreng. Menariknya, isteri Hairul Azreen, Hanis Zalikha turut bantunya di dapur dengan memberikan arahan dan panduan sepatutnya. Sehinggalah di minit 1 minit 37 saat….

Korang tonton sendiri gelagat hero masuk dapur ini:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Video ini telah meraih lebih 270 ribu tontonan sejak dimuatnaik 12 jam yang lalu.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahahha jujur betul Yusoff komen”

Hairul Azreen tunjuk bakat memasak 3

“Paskal kena pakai dua senduk..baru mengancam”

Hairul Azreen tunjuk bakat memasak 1

“Bagus Yusuf..dia pandai jaga hati daddy dia. Dia kata sedap. Tapi budak2 jujur…”

Hairul Azreen tunjuk bakat memasak 2

Sumber: Hairul Azreen/HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "Bila “Wira” Masuk Dapur, Hairul Azreen Tunjuk Bakat Memasak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*