“Saya Selalu Men4ng1s Memikirkan Nasib Masih Belum Hamil”

Hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, Siti Elizad akui sed1h dan tertek4n kerana masih tidak lagi dikurniakan cahaya mata. Sebelum ini, Elizad pernah memberitahu dikurniakan seorang zuriat pun sudah cukup memadai.

Elizad berkata adakalanya dia tidak dapat menanggung rasa sed1h dan diluahkan dengan tang1s4n. Menurut Elizad, dia juga pernah tertanya-tanya mengapa Allah berikan semua nikmat dan rezeki kepadanya tetapi mengapa bukan cahaya mata.

“Orang tak tahu sebenarnya saya selalu menangis dalam bilik air seorang diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib saya masih belum hamil.

“Saya sedih dan kadang-kadang tertanya juga, kenapa Allah dah bagi semua nikmat dan rezeki kepada saya tetapi rezeki cahaya mata sahaja belum saya nikm4ti.

“Namun saya bersyukur kerana suami sangat memberikan sokongan padu kepada saya supaya tidak terlalu bersedih dan tertekan memikirkannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Elizad berkata setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan r4w4tan namun tidak membuahkan hasil dan akhirnya dia dan suami bakal menjalani proses IVF untuk langkah terakhir mendapatkan zuriat.

“Sejak tahun lalu sebenarnya kami sudah mula mendapatkan r4w4tan dan mencuba makan pelbagai ubat tapi hasilnya masih sama.

“Setelah pelbagai usaha dilakukan, kini saya sudah bersedia untuk melakukan proses IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat,” katanya lagi.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Sumber: Roti Kaya

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Saya Selalu Men4ng1s Memikirkan Nasib Masih Belum Hamil”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*