“Legend…”- Syazwan Zulkifly kongsi sedutan ‘Juvana’, ramai menggamit memori

Jika anda masih ingat, drama Juvana pernah meninggalkan kesan luar biasa buat penonton. Drama bersiri berkenaan juga menampilkan pelakon-pelakon hebat yang sehingga kini masih menjadi selebriti kesukaan ramai.

Manakan tak, pelakon dalam drama bersiri Juvana bukanlah calang-calang dan antaranya Syazwan Zulkifly. Selebriti lelaki ini merupakan salah seorang pelakon dikagumi ramai kerana bakatnya dalam bidang lakonan tidak dinafikan sentiasa meninggalkan kesan buat peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Shun not the struggle,face it..

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Terbaru, Syazwan Zulkifly ada berkongsikan sedikit sedutan dalam drama bersiri Juvana yang meraih perhatian peminat dan pengikut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#7harimencintaiku2 Sejarah #helmi dan #khuzairi yang mungkin ramai tak tahu.hahaha. #throwback drama #juvana @tv3malaysia @dramasangat .

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Oleh kerana, baru-baru ini dia ada berkongsikan bayangan bahawa drama 7 Hari Mencintaiku 2 bakal ditayangkan, menerusi sedutan drama Juvana itu Syazwan Zulkifly dilihat sempat berseloroh.

“#7harimencintaiku2 Sejarah #helmi dan #khuzairi yang mungkin ramai tak tahu. Hahaha. #Throwback drama #juvana…,” tulisnya di posting berkenaan.

Umumnya ramai mengetahui bahawa drama gandingan pelakon lelaki, Syazwan Zulkifly bersama Shukri Yahaya mendapat perhatian ramai. Masing-masing membawa watak sebagai Helmi dan Khuzairi.

sedutan Juvana daripada pelakon Syazwan

Namun begitu, melihat sedikit sedutan Juvana yang mana mereka juga pernah bergandingan bersama membuatkan ramai menggamit memori.

Rata-rata meninggalkan pelbagai maklum balas mengenai drama bersiri yang pernah menjadi bualan peminat drama tempatan.

“Wow best friend”

sedutan Juvana daripada pelakon Syazwan

sedutan Juvana daripada pelakon Syazwan

“Rindu wei drama ni”

Screenshot_653

Screenshot_654

Screenshot_655

“The best drama…”

Screenshot_656

Screenshot_657

Screenshot_658

Sumber: Syazwan Zulkifly / HCL

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "“Legend…”- Syazwan Zulkifly kongsi sedutan ‘Juvana’, ramai menggamit memori"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*