‘Anak Datuk’ Kenali Siapa Sebenar Sharnaaz Ahmad Yang Ramai Tak Tahu

Walaupun terpalit dengan pelbagai kontr0versi, namun reputasinya sebagai pelakon tetap berkembang seiring.

Tidak dinafikan dia merupakan antara aktor yang tidak perlu diragui bakatnya dalam menghidupkan sesebuah karya selagi watak yang diberikan bertepatan.

Jom semak coretan biodata pelakon yang terkenal dengan jolokan ‘panas baran’ ini!

Biodata

1. Pemilik nama penuh Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad.

2. Dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad

3. Kelahiran George Town, Pulau Pinang pada 30 Ogos 1985.

4. Kini berusia 34 tahun.

5. Anak kepada pasangan Datuk Basir Ahmad (bapa), seorang usahawan di Pulau Pinang dan Datuk Marina Puteh (ibu).

6. Bekas penuntut Kolej Polytech MARA.

7. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai pelakon, model dan pengacara.

8. Antara drama dibintanginya seperti Tari Tirana, Dottie, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Suamiku Encik Sotong, Awak Sangat Nakal dan Cinta Bukan Kristal.

9. Termasuk telefilem Dalca Mami Georgetown, Warkah Cinta Mat Rock, Patah Seribu, Perempuan Lindungan Kaabah, Yang Terakhir Untukku, Aku Bukan Bidadari dan banyak lagi.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Seru, Juvana, Sembunyi: Amukan Azazil, Dollah Superstar, Gil4 Baby, Dar4h Panas, Juvana 3: Perhitungan Terakhir dan Sindiket.

11. Antara pencapaiannya yang membanggakan, termasuk pernah merangkul Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–30 pada 2017, selain Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin ke–19 pada 2015.

12. Pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi Shila Amzah dan pelakon Anis Al-Idrus

13. Mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 sebelum mendapat cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018 iaitu bersamaan dengan tarikh ulangtahun kelahiran Sharnaaz yang ke-33.

Foto

Kredit foto: Instagram @sharnaazahmad

 

Video

Kredit video: Instagram @TV3 Malaysia Official

 

Sumber:

1. Wikipedia

2. The Star

3. Astro Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Iluminati via Apple Hijau

 

 

Apa Kata Anda?

Be the first to comment on "‘Anak Datuk’ Kenali Siapa Sebenar Sharnaaz Ahmad Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*